Thursday, May 5, 2011

TAWARAN BAHARU KURSUS PERUBATAN DI IPT DIBEKUKAN

assalamualaikum~!


Ok, for the last few minutes, my dad asked me to open the Utusan Malaysia Online website. Then, he asked me to read the article about TAWARAN BAHARU KURSUS PERUBATAN DI IPT DIBEKUKAN.


To make it simple, i will post what I have read. ngee~

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. 

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai. 

"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya. - Bernama

huh? What does it means? 

p/s : i need some explanation on this. Can someone help me??? -.-''

post signature

5 comments:

  1. Assalamualaikum Ira..~

    Meh ana jelaskan, berita ini BUKAN bermaksud tidak ada lagi kursus perubatan mulai tahun hadapan.

    Sebaliknya berita ini bermaksud, tidak ada lagi kursus perubatan BARU. Sekarang, sudah ada 33 medical school di Malaysia, dan ianya akan kekal 33 sepanjang moratorium. Universiti/kolej baru tidak lagi dibenarkan membuka kursus perubatan...~

    Katakan satu kursus perubatan menampung 150 pelajar setiap tahun, maksudnya 33x150 = ~5000 graduan perubatan tempatan baru akan dihasilkan setiap tahun, dan 5000 tempat pengajian perubatan dalam negara disediakan setiap tahun.

    Jika moratorium tidak dikenakan, maka katakanlah tahun ini lagi 10 kolej perubatan dibuka menawarkan kursus perubatan. Dah ada 43 medical school. Tahun seterusnya, lagi 10 dibuka. Dah ada 53. Silap haribulan, by 2016, kita dah ada dekat 100 medical school, melahirkan hampir 15000 graduan perubatan setahun!

    Tujuan moratorium dikenakan adalah menghadkan kuantiti medical school, agar kualiti terjamin. Banyak medical school yang tumbuh bagai cendawan kerana

    1) Untung
    2) Untung
    3) Untung
    4) Budak frust tak dapat scholarship @ pergi oversea
    5) Kebanyakan parents nak anak jadi doctor...~

    Harap membantu..~ Yosh!!!

    ReplyDelete
  2. wau..surprisenye..erm mean asasi yang perubatan takdela?..huhu

    ReplyDelete
  3. huh =.=''
    habis tu, x bole smbung medic la ni? huhuhu T___T
    -your bf, nik-

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam ya akhi..

    laaa, macam tu ke? huhu.. tengs cuz bg tahu. FUHH..lega sikit ana ni..masuk akal gak apa yg anta bagitahu tu.~

    yup, membantu sgt3.. hehe

    p/s : anta dah post bnyk comment..tapi ana punya blog ni perlukan pengesahan drpd ana untuk publish kn comment drpd sesiapa. ngee~~~

    ReplyDelete
  5. untuk wanie and nik..
    awk baca lah apa yg shirou post tu. senang citer. hehe.. =)

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^