Monday, May 16, 2011

HARI NAKBA


ASSALAMUALAIKUM KHALIFAH2 ALLAH DI MUKA BUMI.

Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk mencoret nukilan saya di blog saya ni. Saya masih lagi mampu menyedut udara dan menikmati segala nikmat ciptaanNya. Ya, saya bersyukur sangat2. Kadang2, kita jadi lagho bila nikmat ada di depan mata kita. Memang tidak dapat dinafikan. Saya pun banyak kekhilafannya. Saya cuba untuk menjadi hamba yang benar2 taat di sisinya. Adakah saya mampu?

Tadi, masa tengah on9 kat BUKU MUKA, saya pun bukalah GROUP UIAM. Then, saya ternampak satu post tu pasal Hari Nakba. Dengan sifat ingin tahu saya, saya pun klik dekat link tu. Dan hasilnya seperti di bawah. n__n

Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung diPalestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas pengisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain diPalestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.
Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).
^ di copy daripada Wikipedia.





Sememangnya saya akui, saya tak tahu menahu apa2 berkenaan Hari Nakba. Ye, sungguh cetek betul ilmu saya ni. T__T. Tetapi, ini tidak bermaksud saya akan terus berada di bawah tahap tersebut.So, dengan sifat ingin tahu yang mendalam tentang hari tersebut, saya pun buatlah sedikit research berkenaan hari tersebut. Apa yang saya dapat ialah Hari Nakba mula disambut pada 15 Mei 1948 oleh pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan disertai oleh sejuta orang. Hari al-Nakba atau Yaumu al-Nakba membawa maksud ‘hari malapetaka’ sebagai memeperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk Arab pada 1948. Penduduk Arab Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948) sehingga Perang Arab-Israel 1948 oleh pengganas Zionis sebagai al-Nakba.

Sehingga 1949, lebih 700,000 penduduk Arab Palestin telah diusir dan menjadi pelarian dan 418 kampung dan bandar dimusnah dan dirampas. Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan Hari al-Nakba kerana pada tarikh tersebut mandat British di Palestin berakhir dan pembentukan Negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasmi dengan Presiden Harry S. Truman pemimpin negara pertama membuat pengiktirafan. Penduduk Arab Palestin mahukan sebuah negara bersatu bagi penduduk Arab dan Yahudi tetapi pelampau Yahudi memilih negara berasingan.

Di Israel, Hari al-Nakba disambut dengan mengadakan bantahan oleh penduduk Arab Palestin yang bersamaan dengan hari kebangsaan Yahudi itu. Ahli politik Israel, Avigdor Lieberman pernah meminta anggota Knesset (Parlimen) Arab Israel yang merayakan Hari al-Nakba dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengkhianat.

Sambutan di Tebing Barat dan Gaza selalunya menyaksikan pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera rejim Tel Aviv. Pada 2003 & 2004 sambutan dengan mengadakn tunjuk perasaan turut diadakan di London & New York.




Then, saya terjumpalah artikel ni, masyaAllah! Sampai macam tu sekali Rakyat Palestin ditindas dan diseksa.


Four killed on Lebanon border, four killed on Syria border, many wounded in Gaza 
Israeli forces have reportedly attacked anti-Israeli protesters in Tel Aviv-occupied Syrian Golan Heights, killing at least 12 people and wounding dozens of others. 
Ramallah/Gaza: Violence erupted on Israel's borders with Syria, Lebanon and Gaza on Sunday, leaving at least eight dead and dozens wounded, as Palestinians marked Nakba (the catastrophe) of Israel's founding in 1948. 
Israeli troops shot at protesters in three separate locations to prevent crowds from crossing Israeli frontier lines in the deadliest such confrontation in years. Israeli and Syrian media reports said Israeli gunfire killed four people after dozens of Palestinian refugees infiltrated the Israeli-occupied Golan Heights from Syria, along a disputed border that has been quiet for decades. 
Witnesses on the nearby Lebanese frontier said four Palestinians were killed after Israeli forces fired at rock-throwing protesters to prevent them from crossing the border. The Lebanese army had also earlier fired in the air in an attempt to hold back the crowds.
On Israel's tense southern border with the Gaza Strip, Israeli gunfire wounded 60 Palestinians as demonstrators approached Israel's fence with the Hamas-run enclave, medical workers said.
“The Israelis launched bombs and fired bullets directly targeting peaceful demonstrators,” according to Palestinian activist Moayyad Al Meshal. Ahmad Dahman, a young refugee living in Gaza, phoned his relative in Ramallah who was also demonstrating. He said Palestinians in Gaza and West Bank were demonstrating as one entity on this day of importance.
Bayangkan, bukan seorang dua je yang di bunuh, sebaliknya hampir jutaan Rakyat Paletin dibunuh sehingga tahun 2011 ni. Kita dekat Malaysia ni bertuah sebab dapat hidup aman dan damai. Walaupun kita ni hidup berbilang kaum, alhamdulillah setakat ni masih tidak ada apa2 yang boleh mengancam keselamatan kita di negara bertuah ni. Cuma, kalau pasal politik tu biasalah. Ada jugalah saya terdengar suara2 sumbang supaya rakyat kita ni buat rusuhan dekat kerajaan macam rakyat Mesir, Libya etc. Nauzubillah, harap2 perkara tersebut takkan berlaku. 


Jadi, apa yang boleh kita lakukan untuk rakyat Palestin? Sama2 fikirkannya. 


p/s : saya dekat sini hanya mampu berdoa je. Seriously, itu je yang saya mampu buat. Sememangnya saya juga punya hajat untuk syahid di jalanNya. InsyaAllah, kalau diberi peluang, saya pun nak sama2 sertai mereka. 


 Ya Allah, hambaMu ini betul2 lemah. Ampunilah dosa2 ku ini. 


post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^