Seperti yang semua sedia maklum, 16 MEI ini merupakan SAMBUTAN HARI GURU yang disambut oleh semua gurur2 di Malaysia. Tema pada tahun ini ialah Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Guru merupakan pendidik dan pengajar dalam pendidikan sekolah atau pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah. Dalam definisi yang lebih luas, setiap orang yang mengajarkan suatu hal yang baru dapat juga dianggap seorang guru.
Bagi saya, setiap orang yang kita jumpa saban hari merupakan 'guru' kepada kita. Manakala, kehidupan pula ibarat 'sekolah' buat kita. Misalannya, ibu saya sendiri. Walaupun beliau merupakan seorang suri rumah tangga, saya tetap mengaggap beliau sebagai seorang guru saya dalam kehidupan ini. Meskipun beliau hanya 'mengajar' khusus untuk anak2nya sahaja. =) Dalam kehidupan pula, melalui ujian, dugaan dan cabaran ini menjadikan kita seorang yang lebih matang dan kental dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.
Malah, idola saya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. juga merupakan seorang guru bagi saya. Segala sunah2 yang ditinggalkan oleh Baginda menjadi petunjuk saya dalam kehidupan ini. Baginda mengajar kita untuk sentiasa mempraktikkan nilai2 mulia dan mahmudah dalam kehidupan yang fana ini. Malah tugas baginda juga lebih 'berat' iaitu baginda ditugaskan untuk 'mendidik' umat Islam.
seperti Firman Allah dalam Q.S. al-Jumu’ah ; 2
"Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
Malah, saya juga yang pernah menjadi seorang 'GURU' dapat merasai bagaimana jerih perih untuk membentuk seseorang individu itu untuk pandai membaca, menulis dan mengira. Kenapa tak percaya? =P
Yela, selepas habis peperiksaan SPM dulu, saya ada memohon untuk bekerja menjadi baby sitter dan menjadi seorang guru di Kafa Integrasi As-Syakirin. Walaupun saya sekadar mengajar budak2 yang berumur 2 hingga 4 tahun tapi disitulah sebenar2nya cabaran bermula. Bayangkan, apa ilmu yang mereka ada pada seusia tersebut? Disini saya diberi kepercayaan oleh ibu bapa mereka untuk mengajar mereka menulis, mengenal huruf dan mengira. Kalau membaca tu belum lagi sebab itu khusus untuk budak2 tadika.
Waktu tu memang agak tertekan juga la sebab kadang2 ibu bapa itu sendiri yang datang berjumpa saya dan ketua saya, Kak Akma menanyakan perihal anak2 mereka dan sejauh mana kebolehan mereka dalam menerima ilmu. Ya, disinilah cabaran guru2. Mereka diberi amanah oleh ibu bapa anak2 murid mereka untuk membentuk anak2 mereka menjadi seorang 'MANUSIA'. Tetapi, alhamdulillah, saya senang dengan tugas tersebut walaupun kadang kala kanak2 tersebut terlalu HYPERAKTIF. T__T. Saya masih lagi ingat, masa tu ada dua orang kanak2 yang sedang merebut patung ultraman, lalu tugas saya sebagai seorang guru adalah untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Then, saya pula yang kena pukul dengan depa. HUAHUAHUA. Sakit kut masa tu. Nasib baik la saya ni ada kuasa memujuk. Akhirnya, pergaduhan tersebut berjaya di tamatkan. HEHE
Walaupun sekarang ini saya dah tamat persekolahan, ini tidak bermakna saya akan melupakan jasa guru2 saya. Oleh itu, saya ingin mengucapkan berbilion terima kasih yang tidak terhingga buat guru2 saya yang pernah mendidik saya di sekolah. Lepas ini saya akan mengijak ke alam Universiti. Tak boleh nak di bayangkan. Rasa macam tak bersedia lagi. Sesungguhnya, pelbagai ilmu yang telah saya kutip sepanjang zaman persekolahan saya. Rindu rasanya untuk bersekolah semula. =')
KREDIT UNTUK SEMUA GURU2 YANG TELAH MENGAJAR SAYA DI~
Tadika An-Nur, 1998-1999
Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri, 2000-2005
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana, 2006-2010
Saya juga mendoakan kejayaan guru2 di Malaysia ini dan berharap kalian semua dapat menjadi pemangkin semangat buat pelajar2 untuk sentiasa menuntut ilmu.
Dan disini saya sertakan nama guru2 saya yang telah mengajar saya semasa di Tingkatan 5. Disebabkan oleh merekalah saya berjaya dalam SPM baru2 ni. TERIMA KASIH CIKGU!
Pn. Muhsinah
- Merupakan guru kelas bagi 5 AMANAH '10
- Mengajar subjek Matematik Moden
- Happy-go-lucky, peramah, suka bagi nasihat, sporting
- Pernah mengajar saya Add Maths sewaktu Form 4.
Pn. Nor Hayaty
- Merupakan seorang ketua saya dalam Biro Nilam
- Mengajar subjek Bahasa Melayu
- Peramah, lemah lembut, kadang2 tegas, kuat merajuk
Mrs. Amar
- Mengajar subjek Bahasa Inggeris
- Memang rapat dengan kelas 5 Amanah
- Suka buat lawak, suka bagi nasihat, gemar bercerita tentang kehidupan
Pn Idayu
- Mengajar subjek Sejarah
- Gemar memberi pendapat tentang keputusan belajar pada masa hadapan
- Berpandangan jauh, bersifat patriotik, suka buat lawak, teknik mengajar sejarah yang mantap
- Tapi subjek Sejarah laa yang saya tak berapa nak 'ngam' T__T
Pn. Maryati
- Mengajar subjek Pendidikan Islam
- Seorang yang alimah
- Lemah-lembut, sporting, tepat pada waktu
- Teringat masa belajar bab perkahwinan dulu, semua budak2 kelas 5A excited gila nak belajar. LOL
Pn. Zainun
Pn. Zaranum
- Mengajar subjek Add Maths.
- Seorang yang tegas dan bersifat keibuan
- Selalu suruh buat latihan Add Maths. =P
Pn. Zaranum
- Mengajar subjek Biology. My fev.
- Bersifat keibuan, tegas, sporting
- Saya senang berurusan dengan beliau dan berkongsi masalah dengan beliau.
Pn. Shaliza
- Mengajar subjek Chemistry. My fev too.
- Tegas, sporting, awet muda =P, memang perangai sebijik macam pelajar
- Cara pengajaran yang memang mantap!
Cik Ilani *bakal menjadi Puan tak lama lagi
- Mengajar subjek Physics
- Sporting, happy-go-lucky, berjiwa remaja. HOHO. selalu bagi nasihat
- Guru kelas saya masa form 4.
Wahh. Rindunya dengan cikgu2 sekolah.
p/s : SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU2, GURU2 YANG TELAH BERSARA MAHUPUN MEREKA YANG BAKAL MENJADI CIKGU. SESUNGGUHNYA PEKERJAAN SEORANG GURU INI MERUPAKAN PEKERJAAN YANG MULIA. TERIMA KASIH CIKGU!
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^