NOTE : This post is specially made for my BEST FRIENDS which are
- NURUL IZWANI
- NIK SAKINAH
- SYAZAKIAH
- NADIA NADIRAH
- NURHURIN SYAZWANI
- SHAFAWATI
- HANISAH
- MUHAMMAD AKID
- KELAS 5 AMANAH
MAY Allah be with you every step that you take.
May He guides you each decision you make.
May He helps you when life gets rough.
May He lifts you when you have had enough.
May He protects you when you fall.
May He hears you when you call.
May He soothes your heart when you don't understand.
May Allah always hold you in His hand. Ameen~
Dear friends,
Korang nak tahu tak yang saya rindu sangat2 dengan korang. Sejak kita dah tak sekolah ni macam dah tak berapa rapat sangat dah hubungan kita. Bukanlah nak kata kita dah putus PERSAHABATAN. NO! I dont mean it. T__T
Ada yang kita dah kenal since sekolah tadika lagi. And I want to say that YOU are my best friend ever. Walaupun dekat sekolah tadika tu kita tak berapa rapat sangat but since masuk sekolah rendah kita jadi rapat. Macam2 masalah yang kita share. Sampai masalah tu pun mak dan abah kita tak pernah tahu. Cuma awak je yang tahu. Itulah gunanya sahabat.
Lepastu, bila masuk sekolah menengah lagi ramai kawan saya dapat. Kawan tu memang ramai, tapi yang saya anggap BEST FRIENDS bukanlah semua kawan saya tu. Tapi, malangnya keputusan UPSR menyebabkan kita dah tak sama kelas. Nasib baiklah saya ada Nadia, dia pun salah seorang rakan saya masa sekolah tadika dulu walaupun saya tak pernah ingat pun yang dia tu sekolah tadika sama dengan saya. LOL. Takpe lah, lagipun tu kan kecik lagi. Mana nak ingat semua2 ni. Neuron2 kat dalam otak ni pun belum berkembang dengan sempurna lagi masa tu, so ingatan pun tak berapa nak kuat. =P. Ada yang masuk kelas E dan saya and Nadia tercampak masuk kelas C.
Saya tahu dulu saya ni takde la pandai sangat. Bukan lah bermaksud sekarang ni saya pandai yang TERAMAT SANGAT. BUKAN! Cuma saya masih ingat lagi masa saya sekolah rendah dulu dalam kelas 6 Amal > same class with Nadia, kita ni bukannya selalu sangat jadi perhatian cikgu. Yela, dapat nombor pun macam dah nak last2 je pun. Kadang2 rasa macam cikgu tak pernah tahu pun kehadiran kita kan Nadia. Kita berdua je tahu. T__T. Dan waktu dapat keputusan UPSR dulu pun, cikgu mana pernah letak target yang kita ni dapat 5A. Tapi memang betul pun, kita kan dapat 3A je. SOBx3.
But its ok. UPSR is not the ending of our life. So, kita pun masuk lah SMKBDP. Alaa, walaupun tak seglamour macam sekolah budak2 lain but its ok. Janji kita sekolah kan. Padahal dalam hati sedih cuz tak dapat masuk SBP.
Pastu saya dan Nadia masuk lah kelas 1C dan kawan saya yang lain masuk kelas yang lagi belakang. No offence. Tapi kelas tu based on our UPSR result.
Banyak benda saya nak cerita tapi skip jela. Macam penat pula nak taip =P
Akhirnya, masa Form 3, kita pun berjuanglah habis2an untuk PMR. Memang berlambak gila latihan yang ktorang buat. Hampir semua cikgu kasi modul untuk di siapkan. Tapi takpe, sebab ini semua demi masa depan kita. In the end of the year, result PMR pun keluar. Alhamdulillah, most of my friends pass with flying colours. Pastu kita semua pun pakat nak isi borang MRSM. Nak keluar daripada sekolah tu! Time tu jiwa remaja memberontak konon nak hidup berdikari la, taknak tekanan daripada ibu bapa la, nak jadi lebih berdisiplin la. Macam2 lagi la alasan.
Malangnya, mak saya tak kasi because of some reasons. Dan kawan2 saya yang lain pun menghadapi situasi yang sama macam saya. Cuma Sha dan Nisa je yang berjaya melepaskan diri dan menuntut ilmu di MRSM Langkawi. Masa tu saya jelez tengok korang. HUAHUAHUA. Takpe lah, dah lepas dah pun. =P
Then, masa F4 pula, kita dalam dilema pula. Korang ingat tak kita siap pergi jumpa kaunseling lagi sama ada nak masuk aliran akaun or science stream. Lawak pula bila teringat balik. Haishh~ Time tu semua senior2 sains tulen kata science stream ni susah. Bla3. Lalu menyebabkan ktorang pun cuak nak masuk aliran sains.
Tapi, berkat jasa guru yang menentukan aliran mana berdasarkan result PMR, so, kita semua terhumbanlah kedalam aliran sains. And one thing for sure, aliran sains ni takdelah susah sangat. Based on my experiences la. HEHE
Jadi, bermulalah peperangan kita untuk mencapai semua A dalam SPM. Dan buat pertama kalinya kita semua ditempatkan dalam kelas yang sama iaitu 4 AMANAH!
Masa tu cikgu Ilani yang jadi guru kelas. Kita semua pun belajar la benda yang tak pernah kita belajar. Macam chemistry contohnya, sebelum2 ni tak pernah pun tahu menahu pasal PERIODIC TABLE. Tapi bila dah masuk F4 ni barulah kita tahu apa itu PERIODIC TABLE dan kita pun bersemangatlah menghafalnya.
Pastu korang ingat lagi tak bila masuk kelas BIO je mesti kita akan tertidur kan. Entah jampi apa yang ktorang kena, tapi itulah kenyataanya. Hampir satu kelas sependapat dengan saya. But still, Bio is my fev subject. =D
Tapi, masa akhir F4, seorang lagi BEST FRIEND kita kena pindah pergi Kelantan. Kita semua memang nangis habis lah masa tu. Siap setiap seorang daripada kita bagi hadiah dekat Nik. Nik kena pergi Kelantan sebab TokMa dia nak jaga dia. Maksudnya, kalau dekat sana, adalah orang yang akan awasi pelajaran dia and so on. Lagipun TokMa dia educated. Dengan berat hati pun ktorang lepaskan awak pergi. Takpe, demi pelajaran dan kejayaan its ok.
Pastu masuk lah F5. Masa F5 ni lah terhegeh2 nak revise balik pelajaran F4. Masa ni jugalah baru kita pergi tuition dekat Pusat Tuisyen Kasturi. Masa ni jugalah kita dapat kenal2 dengan Sir Freddy and Sir Tan yang memang sporting habis! Masa ni lah kita kenal abang kat kaunter ni. Kita pun gelar dia abang janggut dan lagi seorang tu Big Brother. Masa ni jiwa budak2 lagi, saja2 je nak suka2. Diorang pun tak kisah, kan3?
Pastu saya, diorang panggil Kak Cu, mungkin disebabkan saya paling kebudak2an kot. HEHE. Pastu wani, abang tu panggil Kak Long, Nadia pula Kak Ngah, Syaza pula Kak Chik. Dah macam satu family dah pula. Pastu yang kelakarnya, Hurin pula abang tu panggil Ustazah. Ini disebabkan abang tu selalu je kena ceramah FREE dengan Hurin.
Masa tuition ni juga lah kita kenal erti stayback. Kalau sebelum2 ni stayback pun just nak bincang2 kejap je ataupun sebab ada aktiviti KOKO. Tapi masa F5 ni lah kita stayback sampai lewat petang. Sampai cikgu2 pun dah kenal muka2 kita yang selalu stayback ni, termasuklah junior2 kita. Kita stayback pun sampai pukul 5 macam tu. Solat kat sekolah, makan kat sekolah, tidur pun kat surau je. Lepas habis solat Asar kita semua pun pergi tuition lagipun tuition dekat je dengan sekolah. Kita berlima je yang pergi tuition pakai baju sekolah. Budak2 lain semua balik rumah tukar baju. Kita tak, sebab rumah kita kan jauh, kena naik bas. Tapi, takpe, kita semua tak kisah sebab ini semua demi masa depan kita. Dekat tuition tu pun kita jumpa ramai kawan2 dari sekolah lain. Best kan masa tu!
Pastu habis tuition pukul 8 lebih. Kita solat dekat tempat tuition tu je. Balik tu naik bas pula, memang penat lah masa tu. Dah tu, kat rumah kena siapkan kerja sekolah etc. Tapi kita suka je buat semua ni sebab ni kan untuk SPM, walaupun kadang2 kita semua asyik mengeluh je. =P
Korang ingat lagi tak masa sekolah dulu. Kita selalu lepak sama2. Makan, rehat pun sama2. Kita pergi kem pun tidur sama2. Semua yang kita buat mesti sama2. Tak kesah la benda baik ke buruk. Korang ingat lagi tak, masa tu cikgu tak ada dalam kelas. Tapi kita tetap juga nak keluar kelas sebab kelas teramatlah bising ok! Tak dapat nak tumpukan perhatian yang sepenuhnya kat benda yang kita nak baca. Pastu kita pun pergi la merayap dekat LIBRARY sekolah. Lagipun saya dengan Syaza kan LIBRARIAN. So, selamba jela masuk atas kebenaran ktorang berdua ni walhal waktu P&P mana boleh keluar kelas.
Lepastu kita selalu buat bising dalam kelas bila cikgu takde. Jerit kuat2 la, gelak la, sembang2 la, gosip2 la. Pastu siapa yang rajin tu datanglah dekat meja kita. Mula2 nak sembang pasal pelajaran lah KONON. Pastu tiba2 terubah bab lah pula. Mulalah masuk pasal konspirasi2 dajjal, ilumination etc. Tak terlepas juga daripada perbincangan politik. HAHA. Lawak betul masa tu.
Pastu korang ingat lagi tak kita cuba settlekan problem 'cinta' kawan kita tu. Kita berbelah bahagi nak sokong mana satu. Macam2 ragam masa tu. Rasa bersalah pun ada.
Akhirnya, masa yang dinantikan telah pun tiba. Kita semua satu kelas buat lah yang terbaik dalam SPM. Masa tu kita semua dalam mood serious je. Kita pun bincang2 pasal last two year punya paper. Masa tu FB pun kita dah tak layan sangat. Semua nak buat yang terbaik dalam SPM. Siapa yang nak gagal?
Masa akhir taun 2010, kelas 5A pun buatlah reunion dekat Desa Water Park. Masa tu agak terkilan jugalah sebab cikgu2 tak dapat nak join kita disebabkan komitmen mereka yang tinggi di sekolah. Kita semua pun pakatlah sewa bas, order makanan dan minuman guna duit kelas. Masa tu rasa macam dah taknak pergi je sebab rasa macam benda ni takkan berhasil. Tapi akhirnya, berjaya juga. Destinasi yang hendak dituju pun akhirnya kami sampai juga. Macam pertandingan kita semua lakukan. Walaupun penat, tapi BERBALOI!
23hb Mac, keputusan SPM pun diumumkan. Ada yang sedih sebab gembira dan ada yang sedih sebab kecewa. Masa tu saya dah tak boleh tolong kawan2 saya yang tak dapat keputusan macam apa yang diorang nak. Saya hanya dapat bantu pulihkan semangat korang je. Lagipun sekolah kita cuma ada 6 budak je yang dapat semua A. Tiga orang budak Cina dan Tiga orang budak Melayu.
Dan sekarang kita semua nak sambung belajar. Semua dapat tempat yang berbeza. Sha masuk Matrix Melaka, Nadia masuk UM, Wani masuk Matrix Penang, Nik masuk UiTM, Syaza masuk KPTM, Nisa masuk Maktab, Akid pula masuk Matriks Johor dan saya seorang je wakil tunggal sekolah yang dapat tawaran bawah MARA iaitu kos perubatan dekat KMB.
Kita semua dah berpisah, haluan kita dah tak sama, walaupun dulu kita selalu sangat2 nak jadi doktor sama2. Namun, semua tu dah berubah, ada yang masuk asasi Law, ada yang bakal ambil akaun. Tapi, nak buat macam mana, Allah dah bagi yang terbaik buat kita dan itulah yang terbaik buat kita semua.
Dan saya nak korang tahu yang saya sangat sayang dengan korang. Walaupun selepas ni 'mungkin' kita dah takkan rapat macam dulu, tapi ketahuilah saya sangat gembira dapat kenal dengan korang. Terima kasih sebab ajar saya erti persahabatan. Persahabatan ini bukanlah dibina atas latar belakang atau sebagainya. Akan tetapi inilah persahabtan yang dibina kerana Allah. Ukhwah yang terjalin antara kita semua takkan saya lupakan. Walaupun kita tak tahu bila masa boleh kita berjumpa seperti dahulu, tapi yakinlah awak semua ada di dalam hati saya. Saya harap kita semua akan berjaya kelak. Saya doakan kejayaan korang.
And one more thing, dekat mana pun kita belajar, tu semua tak penting. Yang penting usaha, doa dan tawakal kita. Walaupun korang jelez tengok saya dah sampai tahap ni, tak semestinya korang tak boleh jadi macam saya. Saya bukanlah yang terbaik, tapi saya cuba untuk menjadi yang terbaik. Mana tahu suatu hari nanti korang lagi berjaya daripada saya, who knows~
Akhir kata daripada saya, kalaulah korang baca entry ni, saya menyusun sepuluh jari meminta maaf atas kesilapan dan kekhilafan saya. Anggaplah perkara2 yang pernah kita lalui ini sebagai kenangan untuk di ceritakan buat cucu cicit kita. Dah mula dah berangan ni. =P.
wassalam~
p/s: maaf post terlalu panjang. Semua ni ikhlas dari hati. Nak muntah silakan. =P
hahahah mencabar keimanan entry ni, chill k :)
ReplyDeletehehe. semua ni luahan perasaan je. muahaha~ tengs ye (:
ReplyDelete