بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~
Emm, hari ini saya nak share sebuah cerita pasal PERCINTAAN. Ya, sekadar renungan untuk kita semua. Keterujaan saya untuk post cerita ni berkemungkinan di sebabkan saya baru je habis baca novel. NOVEL CINTA? Betullah tu. HEHE~
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya: "Qaireena, ikhlas dan perlukan sahabat"
Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya.
Hari bertukar minggu dan bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap terbuku di hati.
Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenalimu kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawa makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang.
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN~
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang ada di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari bseseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut apabila gadis pujaannya amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampirinya.
"Qaireena?"
Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu di restoran da hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."
~TAMAT~
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Qaireena. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan
Dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala
Bila bersendirian
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya selalu bisikkan di dalan hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati
Bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian!!
p/s : jangan salah tafsir pasal entri kali ni..hehe~
TRY DENGAR NASYID NI.~ -credit to nik sakinah-
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^