Tuesday, May 18, 2010

PAPER BM!

Assalamualaikum. Hyep2.


Hari ni, paper bm. Haisshh, no komen. Huhu. Entahlah, tak tahulah macam mana nak cakap. Saya dah buat yang terbaik apa yang boleh saya lakukan adalah tawakkal. Sejujurnya, saya tidak berapa suka paper bm kali ni. Menguji kesabaran betul, huhu


Ok, salah satu soalannya dia minta betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Soalan dia berbunyi:
Menara Berkembar Petronas jelas terlihat apabila menghampiri Bandaraya Kuala Lumpur
Hurmm, jenuh saya fikir apakah kesalahan daripada ayat diatas. So, apalagi, saya hentam keromo jelah, hehe =_=''


Untuk bahagian novel pula, soalan nak satu teknik saspens dalam novel yang telah dipelajari. Pergh, nasib baik dah baca. Alhamdulillah, boleh jugalah jawab.


Bagi paper satu lak, alhamdulillah. Karangan dia saya boleh buat dengan sukses. InsyaAllah. Tapi, apa2pun, selesai paper bm, besok paper bi pula menanti. Kena buat yang terbaik! Go3 Alyani! =)

p/s: jom hafal FISHBONE!. Lalalala~



post signature

SYAIR RAJA TUBBA'



Assalamualaikum. Jom kita mendengar kisah SYAIR RAJA TUBBA' =).
 Pernahkah kamu mendengar kata Tubba'? Kaum Tubba' adalah satu kaum yang dibinasakan oleh Allah s.w.t. 


Tetapi, siapakah Tubba' itu? 


Tubba' adalah gelaran bagi penguasa Yaman, seperti Kisro adalah gelaran untuk raja Persia dan Kaisar adalah gelran untuk raja Romawi. Tubba' pada waktu itu bernama As'ad bin Kuraib bin Malik Raba Al-Yamani. Dia mengikut agama Nabi Musa (Yahudi) dan mendakwah rakyatnya. Waktu itu agama Nabi Musa masih murni seperti ajaran Nabi Musa. Tubba' pernah singgah di Makkah, bertawaf dan menyelimuti Kaabah dengan kain panjang, kain bersambung dan hiasan. Dia juga pernah tinggal di Samarqand. Kerajaannya semakin kuat, kekuasannya membesar dan wilayah kerajaannya luas. Dialah yang membangunkan Kota Hirah. 


Ibnu Asakir menerangkan Tubba' ini seorang raja di Damsyiq yang telah menjadi raja selama 326 tahun. Di Kota Himyar tidak pernah ada yang memegang kekuasaan lebih lama darinya. Dia wafat sebelum Rasulullah s.a.w. diutus. Tubba' mempunyai beberapa ahbar (ulama agama Yahudi). Para ahbar itu memberitakan kepadanya bahawa Kota Madinah akan dihijrahi oleh Nabi akhir zaman yang bernama Ahmad (Muhammad s.a.w.). Maka, dia mengubah syair dan menitipkannya kepada penduduk Madinah. Penduduk Madinah menjaga syair Raja Tubba' dan sentiasa mewariskan syair itu daripada generasi ke generasi. 


Salah seorang yang menghafal syair tersebut adalah Abu Ayyub bin Zaid, orang yang rumahnya pernah disinggahi Rasulullah s.a.w. Syair Raja Tubba' berbunyi(yang ertinya):
Aku bersaksi bahawa Ahmad adalah utusan Allah s.w.t.
yang Menciptakan semua yang bernyawa
Kalau usiaku sampai ke masanya, nescaya aku
menjadi pembela untuknya dan anak pakcik
Aku akan berjuang dengan pedang
melawan musuh-musuhnya dan akan melapangkan
segala kesusahan dan dadanya
Ibnu Abi Dunya menerangkan bahawa pada zaman Islam, telah digali kubur yang terletak di Kota Shon'a, tiba2 ditemui di dalam kubur itu dua mayat wanita yang masih segar. Di kepala kedua mayat itu terdapat kepingan nipis perak bertuliskan dengan emas dan berbunyi: ''ini adalah kubur Huyay dan Tamis"


Ada juga yang meriwayatkan: 
"Huyay dan Thumadhir, dua anak perempuan Tubba'. Kedua2nya meninggal dalam keadaan bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah yang benar kecuali Allah s.w.t. semata2 dan kedua2nya tidak menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatupun". 
Menurut riwayat Ibnu Asakir, Aisyah pernah mengatakan: 
"janganlah kamu mencaci Tubba' kerana dia adalah seorang lelaki yang soleh. Dia benar2 telah berhaji di Baitullah di masa orang2 Jurhum berkuasa dan menutup Kaabah dengan bersambung , kain panjang dan hiasan, Dia berkorban sebanyak 600 ekor unta. Dia mengagungkan Baitullah dan memuliakannya. Kemudian dia kembali Negeri Yaman"


Tubba' telah mengislamkan rakyatnya melalui usahanya. Setelah Tubba' meninggal dunia, rakyatnya kembali menyembah api dan berhala. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. menyeksa dan membinasakan mereka.

p/s: manusia yang megingkari perintah Allah bakal menerima balasannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. =)



post signature

Monday, May 17, 2010

MID YEAR EXAM!



Assalamualaikum. Hyep2. Selamat pagi. =)


Emm, hari selasa ni exam pertengahan tahun. Semua rasa ada. Berdebar2, mengantuk, takut, relax, suka, tak suka, semua laa ada.

Target? Mesti laa ada. Ok, biar saya listkan target saya untuk this mid year exam.



BM = 90++
BI = 80++
MATHS = 95++
SEJ = 90++
PAI = 90++
CHEM = 85++
BIO = 85++
PHY = 80++
ADD MATHS = 80++

Hurmm, mudah2an target saya tercapai. Doakan saya agar saya berjaya dalam exam kali ni. InsyaAllah. =)






tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya,
dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan,
yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi,
dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat,
chaiyok, alyani nazirah bt junaidi!!
i know u can do it.


p/s: man jadda wa jadda

post signature

SELAMAT HARI GURU!


Assalamualaikum.


Hari guru?? Haishh, sape yang tak tahu tarikh keramat tu memang dia seorang yang tidak pernah menyedari kepentingan seorang guru dalam kehidupan kita.


16MEI, tarikh untuk menyambut guru diseluruh Malaysia tapi, bukan hari ni je dok minta maaf kat cikgu la, bagi hadiah kat cikgu laa, hormat cikgu laa. Sebaliknya, sikap ini perlu ada dalam diri kita setiap hari. Bukankah guru itu ibarat ibu bapa kedua kita?


Tarikh ini hanyalah hari untuk kita sambut guru kita, macam kita sambut hari ibu dsbnya.


Bila bercakap pasal hari guru, satu sajak yang saya tidak pernah lupa adalah sajak yang ditulis oleh Usman Awang, sajaknya membawa pelbagai maksud tersirat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Nah, memang tepat sajak ini mengenai jasa seorang guru. Tanpa guru, siapalah kita. Hidup kita pasti akan terumbang ambing jika tiada siapa yang membimbing kita. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hidup kita. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di dunia. Sesungguhnya jasa mereka amat banyak kepada kita. Hargailah guru kita sebaiknya.

Saya sayang cikgu saya, terutama guru2 di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA yang telah banyak mendidik saya. InsyaAllah, saya akan berusaha memajukan diri saya.

Sebelum tu, ini adalah senarai guru2 yang mengajar saya pada tahun 2010.

  • bahasa melayu> PUAN NORHAYATY
  • bahasa inggeris> MRS AMAR
  • matematik> PUAN MUHSINAH
  • sejarah> PUAN NOR IDAYU
  • pendidikan agama islam> USTAZAH MARYATI
  • chemistry> PUAN SHALIZA
  • biology> PUAN ZARANUM
  • physics> CIK ILANI
  • add maths> PUAN ZAINUN MUDA
terima kasih cikgu!

p/s: besok ada sambutan hari guru peringkat sekolah..bertemakan bollywood. Haisshhhh =_="


post signature

Wednesday, May 5, 2010

SAYANG KELAS 5AMANAH




Assalamualaikum.


Hye2, kaifa halukum?
Emm, 5 Amanah? Sebuah kelas yang memiliki pelajar2 yang saya rasakan memang gempak2, terutamanya dari segi perangai diorang. Banyak kenangan saya dengan pelajar2 dalam kelas ni.


Alaa, ni kan kelas saya, saya anggap semuanya sebagai kawan2 saya. Diorang ni sporting, happy-go-lucky, perangai yang gila2. Haha. Best kawan dengan diorang.


Hurmm, apa menyebabkan saya terdorong ntuk menceritakan pasal kelas saya ek? Ini bukan bertujuan untuk membuka pekung didada sebab semua yang saya cerita baik2 je.


Honestly, saya betul2 suka dengan tahun ni>>2010, tahun yang amat bermakna bagi saya. Tahun ni saya tahu, saya bakal menghadapi peperiksaan SPM! dan saya juga bakal berpisah dengan mereka hujung tahun ni. Saya tak tahu kenapa saya emo sangat. Saya cuma takut kehilangan dan berpisah dengan mereka.


Mereka memang kawan2 yang baik. Aiman, Bedul, Akid, Syuk, Thomas, semualaa! (ramai laa, haha). Diorang memang kawan yang sporting habis, mesti rindu an kalau berpisah nanti. Saya pun tak dapat bayangkan.


Lepas tu, kawan2 karib saya, Syaza, Wani, Nadia, Hurin, diorang lah yang menjadi tulang belakang saya atas kejayaan saya selama ni. Saya juz tak dapat bayangkan, macam mana kita dapat sesuaikan diri dalam persekitaran U kelak. Yela, kalau selama ni kita asyik rehat sama2 je, keluar pun sama2, tusyen sama2, tidur sama ^_^", belajar sama2 dan akhirnya kita terpaksa berpisah juga.


Tapi ingat! Kalau kita berpisah tahun ni disebabkan mengejar cita2 masing2, ini tidak bermakna putus hubungan persahabatan kita. Janji tau! saya sayang korang semua.


Saya doakan kejayaan kita semua. Amin. Kalau boleh, ingatlah wahai kawan2ku, kita belajar ilmu Allah kerana Allah. Barulah kita akan mendapat keberkatannya, insyaAllah.


Emm, kalau nak tahu, seorang lagi kawan yang saya memang rindu sangat sekarang ni. Nama dia ialah Nik Sakinah. Dia dah pindah ke Kelantan. Dia terpaksa berkorban dalam hidup dia untuk mengecapi kejayaan. Takpe nik, awak buat semua ni ada sebab. Walaupun awak terpaksa berjauhan dengan family dan kami semua. Ingat! Allah sentiasa bersama kita. Lagi pun, awak dekat sana dah banyak berubah, awak semakin maju dalam pelbagai aspek. So, kalau dah berjaya jangan lupakan kami semua ye!


Tahun ni tahun last, macam tak sangka je. Atas kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari kalau saya ada buat salah dan silap. Manusiakan tidak sempurna. =)


Sebelum saya berundur, saya nak berkongsi bahawa ada empat jenis golongan yang diberikan pahala dalam menuntut ilmu ini, iaitu:
  • Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu.
  • Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajarnya kepada orang lain.
  • Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu (cikgu dengan murid^_~)
  • Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Ok, sekian saja entry kali ini. =)

p/s: Kalau korang dah kerja, sorang2 kena belanja saya, ingat tau! Haha.

BILA PUISI MEMBAITKAN MAKNA

Assalamualaikum.
Saya harap kalian semua dalam keadaan yang baik sentiasa dan diredhai Allah. Emm, untuk post kali ni saya nak postkan sebuah puisi yang amat saya suka.

Hayatilah.



Kejayaan dan kegagalan,
bukan milik kita,
kita hanya mampu,
berusaha, berdoa dan bertawakal,
Allah yang berhak menentukan segalanya.

Biarlah titisan air mata kejayaan,
membasahi pipi ayah dan bonda,
yang akan membungai sanubarinya,
lantaran usaha gigih kita,
tanpa kenal putus asa,
jihadmu menuntut ilmu-ilmu Allah.

Janganlah kau limpah tangisan kegagalan,
membasahi pipi ayah dan bondamu,
yang akan merobek-robek jiwa mereka,
lantaran kemalasan, kejemuanmu,
menimba ilmu-ilmu Ilahi.

Kejayaan dan kegagalan,
bukan milik kita,
milik Allah,
Pencipta Alam Semesta.


p/s: triumph and disaster. T_T

Sunday, May 2, 2010

BERMULANYA BULAN MEI

Assalamualaikum.

Pejam celik2x, tidur, makan. Dah masuk bulan mei dah. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam tahun baru. Ahakz. Emm, bila saya tengok balik posts saya untuk bulan April je baru dua post, huhu. Agak mengecewakan. Yela, mana taknya. Asyik sibuk je. Tak de masa nak update blog ni.

Rindu pula kat blog ni. =) Blog ni laa tempat saya mencoret apa2 yang tak berfaedah. Haha.

Act, banyak yang nak saya cerita tapi tak sempat. Waa. T_T.

Asyik sibuk je. Pagi pergi sekolah, petang tusyen sampai malam. Lepas tu buat homework. Pastu tidur. Macam tu laa rutin harian. Sekali sekala on9.

Bercakap pasal bulan mei ni, mesti sebagai seorang pelajar tahu apa yang penting untuk bulan ni. MID YEAR EXAM!! Dahlah result exam ni ibu bapa akan dipanggil datang kesekolah mendengar taklimat daripada guru2 kelas. Tapi takpe, buat apa nak takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. So, saya tahu saya budak baik, cikgu mesti kasi komen baik2 je.(perasan betul!!)

Result ouh result. Takut gak nak tahu result. Mid year exam ni kena buat betul2. Mana boleh main2. Emm, bila fikir balik apa yang aku dah ulangkaji ek?? Baru sikit je. Itu pun ada yang lupa2 sikit. Huhu. Kalau study last minute memang best. Time tuu, semua ingat. Sebab baru baca semalam, hehe. Tapi, banyak risiko study macam ni. Tau2 jela kan. Huhu.

Cikgu cakap, mid year exam ni tiga minggu. Lama bukan? Mesti stress je sepanjang minggu tu. Hurmm, insyaAllah. Saya akan buat yang terbaik. Tahun ni SPM, mana boleh main2.

p/s: termenungkan masa hadapan. -_-