Sunday, May 2, 2010

BERMULANYA BULAN MEI

Assalamualaikum.

Pejam celik2x, tidur, makan. Dah masuk bulan mei dah. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam tahun baru. Ahakz. Emm, bila saya tengok balik posts saya untuk bulan April je baru dua post, huhu. Agak mengecewakan. Yela, mana taknya. Asyik sibuk je. Tak de masa nak update blog ni.

Rindu pula kat blog ni. =) Blog ni laa tempat saya mencoret apa2 yang tak berfaedah. Haha.

Act, banyak yang nak saya cerita tapi tak sempat. Waa. T_T.

Asyik sibuk je. Pagi pergi sekolah, petang tusyen sampai malam. Lepas tu buat homework. Pastu tidur. Macam tu laa rutin harian. Sekali sekala on9.

Bercakap pasal bulan mei ni, mesti sebagai seorang pelajar tahu apa yang penting untuk bulan ni. MID YEAR EXAM!! Dahlah result exam ni ibu bapa akan dipanggil datang kesekolah mendengar taklimat daripada guru2 kelas. Tapi takpe, buat apa nak takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. So, saya tahu saya budak baik, cikgu mesti kasi komen baik2 je.(perasan betul!!)

Result ouh result. Takut gak nak tahu result. Mid year exam ni kena buat betul2. Mana boleh main2. Emm, bila fikir balik apa yang aku dah ulangkaji ek?? Baru sikit je. Itu pun ada yang lupa2 sikit. Huhu. Kalau study last minute memang best. Time tuu, semua ingat. Sebab baru baca semalam, hehe. Tapi, banyak risiko study macam ni. Tau2 jela kan. Huhu.

Cikgu cakap, mid year exam ni tiga minggu. Lama bukan? Mesti stress je sepanjang minggu tu. Hurmm, insyaAllah. Saya akan buat yang terbaik. Tahun ni SPM, mana boleh main2.

p/s: termenungkan masa hadapan. -_-

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^