Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU!


Assalamualaikum.


Hari guru?? Haishh, sape yang tak tahu tarikh keramat tu memang dia seorang yang tidak pernah menyedari kepentingan seorang guru dalam kehidupan kita.


16MEI, tarikh untuk menyambut guru diseluruh Malaysia tapi, bukan hari ni je dok minta maaf kat cikgu la, bagi hadiah kat cikgu laa, hormat cikgu laa. Sebaliknya, sikap ini perlu ada dalam diri kita setiap hari. Bukankah guru itu ibarat ibu bapa kedua kita?


Tarikh ini hanyalah hari untuk kita sambut guru kita, macam kita sambut hari ibu dsbnya.


Bila bercakap pasal hari guru, satu sajak yang saya tidak pernah lupa adalah sajak yang ditulis oleh Usman Awang, sajaknya membawa pelbagai maksud tersirat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Nah, memang tepat sajak ini mengenai jasa seorang guru. Tanpa guru, siapalah kita. Hidup kita pasti akan terumbang ambing jika tiada siapa yang membimbing kita. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hidup kita. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di dunia. Sesungguhnya jasa mereka amat banyak kepada kita. Hargailah guru kita sebaiknya.

Saya sayang cikgu saya, terutama guru2 di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA yang telah banyak mendidik saya. InsyaAllah, saya akan berusaha memajukan diri saya.

Sebelum tu, ini adalah senarai guru2 yang mengajar saya pada tahun 2010.

  • bahasa melayu> PUAN NORHAYATY
  • bahasa inggeris> MRS AMAR
  • matematik> PUAN MUHSINAH
  • sejarah> PUAN NOR IDAYU
  • pendidikan agama islam> USTAZAH MARYATI
  • chemistry> PUAN SHALIZA
  • biology> PUAN ZARANUM
  • physics> CIK ILANI
  • add maths> PUAN ZAINUN MUDA
terima kasih cikgu!

p/s: besok ada sambutan hari guru peringkat sekolah..bertemakan bollywood. Haisshhhh =_="


post signature

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^