Tuesday, May 18, 2010

SYAIR RAJA TUBBA'



Assalamualaikum. Jom kita mendengar kisah SYAIR RAJA TUBBA' =).
 Pernahkah kamu mendengar kata Tubba'? Kaum Tubba' adalah satu kaum yang dibinasakan oleh Allah s.w.t. 


Tetapi, siapakah Tubba' itu? 


Tubba' adalah gelaran bagi penguasa Yaman, seperti Kisro adalah gelaran untuk raja Persia dan Kaisar adalah gelran untuk raja Romawi. Tubba' pada waktu itu bernama As'ad bin Kuraib bin Malik Raba Al-Yamani. Dia mengikut agama Nabi Musa (Yahudi) dan mendakwah rakyatnya. Waktu itu agama Nabi Musa masih murni seperti ajaran Nabi Musa. Tubba' pernah singgah di Makkah, bertawaf dan menyelimuti Kaabah dengan kain panjang, kain bersambung dan hiasan. Dia juga pernah tinggal di Samarqand. Kerajaannya semakin kuat, kekuasannya membesar dan wilayah kerajaannya luas. Dialah yang membangunkan Kota Hirah. 


Ibnu Asakir menerangkan Tubba' ini seorang raja di Damsyiq yang telah menjadi raja selama 326 tahun. Di Kota Himyar tidak pernah ada yang memegang kekuasaan lebih lama darinya. Dia wafat sebelum Rasulullah s.a.w. diutus. Tubba' mempunyai beberapa ahbar (ulama agama Yahudi). Para ahbar itu memberitakan kepadanya bahawa Kota Madinah akan dihijrahi oleh Nabi akhir zaman yang bernama Ahmad (Muhammad s.a.w.). Maka, dia mengubah syair dan menitipkannya kepada penduduk Madinah. Penduduk Madinah menjaga syair Raja Tubba' dan sentiasa mewariskan syair itu daripada generasi ke generasi. 


Salah seorang yang menghafal syair tersebut adalah Abu Ayyub bin Zaid, orang yang rumahnya pernah disinggahi Rasulullah s.a.w. Syair Raja Tubba' berbunyi(yang ertinya):
Aku bersaksi bahawa Ahmad adalah utusan Allah s.w.t.
yang Menciptakan semua yang bernyawa
Kalau usiaku sampai ke masanya, nescaya aku
menjadi pembela untuknya dan anak pakcik
Aku akan berjuang dengan pedang
melawan musuh-musuhnya dan akan melapangkan
segala kesusahan dan dadanya
Ibnu Abi Dunya menerangkan bahawa pada zaman Islam, telah digali kubur yang terletak di Kota Shon'a, tiba2 ditemui di dalam kubur itu dua mayat wanita yang masih segar. Di kepala kedua mayat itu terdapat kepingan nipis perak bertuliskan dengan emas dan berbunyi: ''ini adalah kubur Huyay dan Tamis"


Ada juga yang meriwayatkan: 
"Huyay dan Thumadhir, dua anak perempuan Tubba'. Kedua2nya meninggal dalam keadaan bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah yang benar kecuali Allah s.w.t. semata2 dan kedua2nya tidak menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatupun". 
Menurut riwayat Ibnu Asakir, Aisyah pernah mengatakan: 
"janganlah kamu mencaci Tubba' kerana dia adalah seorang lelaki yang soleh. Dia benar2 telah berhaji di Baitullah di masa orang2 Jurhum berkuasa dan menutup Kaabah dengan bersambung , kain panjang dan hiasan, Dia berkorban sebanyak 600 ekor unta. Dia mengagungkan Baitullah dan memuliakannya. Kemudian dia kembali Negeri Yaman"


Tubba' telah mengislamkan rakyatnya melalui usahanya. Setelah Tubba' meninggal dunia, rakyatnya kembali menyembah api dan berhala. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. menyeksa dan membinasakan mereka.

p/s: manusia yang megingkari perintah Allah bakal menerima balasannya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. =)



post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^