Wednesday, May 5, 2010

SAYANG KELAS 5AMANAH




Assalamualaikum.


Hye2, kaifa halukum?
Emm, 5 Amanah? Sebuah kelas yang memiliki pelajar2 yang saya rasakan memang gempak2, terutamanya dari segi perangai diorang. Banyak kenangan saya dengan pelajar2 dalam kelas ni.


Alaa, ni kan kelas saya, saya anggap semuanya sebagai kawan2 saya. Diorang ni sporting, happy-go-lucky, perangai yang gila2. Haha. Best kawan dengan diorang.


Hurmm, apa menyebabkan saya terdorong ntuk menceritakan pasal kelas saya ek? Ini bukan bertujuan untuk membuka pekung didada sebab semua yang saya cerita baik2 je.


Honestly, saya betul2 suka dengan tahun ni>>2010, tahun yang amat bermakna bagi saya. Tahun ni saya tahu, saya bakal menghadapi peperiksaan SPM! dan saya juga bakal berpisah dengan mereka hujung tahun ni. Saya tak tahu kenapa saya emo sangat. Saya cuma takut kehilangan dan berpisah dengan mereka.


Mereka memang kawan2 yang baik. Aiman, Bedul, Akid, Syuk, Thomas, semualaa! (ramai laa, haha). Diorang memang kawan yang sporting habis, mesti rindu an kalau berpisah nanti. Saya pun tak dapat bayangkan.


Lepas tu, kawan2 karib saya, Syaza, Wani, Nadia, Hurin, diorang lah yang menjadi tulang belakang saya atas kejayaan saya selama ni. Saya juz tak dapat bayangkan, macam mana kita dapat sesuaikan diri dalam persekitaran U kelak. Yela, kalau selama ni kita asyik rehat sama2 je, keluar pun sama2, tusyen sama2, tidur sama ^_^", belajar sama2 dan akhirnya kita terpaksa berpisah juga.


Tapi ingat! Kalau kita berpisah tahun ni disebabkan mengejar cita2 masing2, ini tidak bermakna putus hubungan persahabatan kita. Janji tau! saya sayang korang semua.


Saya doakan kejayaan kita semua. Amin. Kalau boleh, ingatlah wahai kawan2ku, kita belajar ilmu Allah kerana Allah. Barulah kita akan mendapat keberkatannya, insyaAllah.


Emm, kalau nak tahu, seorang lagi kawan yang saya memang rindu sangat sekarang ni. Nama dia ialah Nik Sakinah. Dia dah pindah ke Kelantan. Dia terpaksa berkorban dalam hidup dia untuk mengecapi kejayaan. Takpe nik, awak buat semua ni ada sebab. Walaupun awak terpaksa berjauhan dengan family dan kami semua. Ingat! Allah sentiasa bersama kita. Lagi pun, awak dekat sana dah banyak berubah, awak semakin maju dalam pelbagai aspek. So, kalau dah berjaya jangan lupakan kami semua ye!


Tahun ni tahun last, macam tak sangka je. Atas kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari kalau saya ada buat salah dan silap. Manusiakan tidak sempurna. =)


Sebelum saya berundur, saya nak berkongsi bahawa ada empat jenis golongan yang diberikan pahala dalam menuntut ilmu ini, iaitu:
  • Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu.
  • Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajarnya kepada orang lain.
  • Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu (cikgu dengan murid^_~)
  • Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Ok, sekian saja entry kali ini. =)

p/s: Kalau korang dah kerja, sorang2 kena belanja saya, ingat tau! Haha.

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^