Wednesday, April 14, 2010

DOA RASULULLAH SAW

Assalamualaikum!~


Hyep2, selamat pagi! Dah ngantuk macam ni still juga nak update blog. Aiseyy, huhu. Emm, apa ek saya nak cerita sebenarnya. 


Sebenarnya macam ni, masa saya tengah baca tabloid iluvislam bil:2, ada satu tajuk ni menarik jiwa remaja saya untuk membacanya iaitu kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha.


Sure punya, mesti korang tahu siapa mereka ni kan?


Ok, alkisahnya, Nabi Yusuf ni terkenal dengan anugerah ketampanan yang luar biasa, tetapi ini tidak menjadikan Nabi Yusuf seorang yang lupa diri dan berbangga kerananya. bila ada orang hensem, mestilah ada orang yang tertawan. Ada pula seorang wanita yang merupakan isteri kepada menteri Al Aziz iaitu Zulaikha jatuh hati kat Nabi Yusuf ni. 


Si Zulaikha ni sanggup menduakan suami dia semata2 untuk mendapatkan Nabi Yusuf. Dia menawarkan dirinya kpada Nabi Yusuf. Namun usaha dia tak berjaya. Malangnya, Nabi Yusuf pula terpaksa dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam rindu kepada Nabi Yusuf. Akibat terlalu cinta dan merindui Nabi Yusuf, Zulaikha hilang pertimbangan, dia menjadi separuh gila. Zulaikha bertukar dari rupa yang rupawan menjadi seorang wanita yang tua hodoh. Matanya buta kerana asyik menangis terkenangkan Nabi Yusuf macam tu sekali kan, huhu.


Pastu, hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, Banginda diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi. Atas kehendak Allah, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya muda dan semakin cantik. Akhirnya, Allah mewahyukan Nabi Yusuf agar berkahwin dengan Zulaikha.


Namun, Zulaikha bukan lagi seperti dulu. Dia sudah insaf dan banyak menghabiskan masanya bermunajat kepada Allah sehingga terlupa tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.


Begitulah cinta yang dulu datangnya daripada nafsu dapat dipadamkan apabila dia kenal dan cinta kepada Allah. Cinta Allah adalah taraf cinta yang tertinggi. Kemuncak cinta itu ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.


So, saya harap korang semua faham dengan cerita di atas. Emm, mesti korang tertanya2, apasal tajuk untuk entry ni DOA RASULULLAH SAW? Hehe.


Sabar2, sebenarnya cerita di atas just nak kaitkan dengan doa yang bakal saya tulis nanti. Rasulullah SAW bersabda inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.

Ok, doanya ialah:
Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu. Dan cinta kepada orang yang mengasihiMu. Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai drpd air sejuk bagi orang yang kehausan. 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu. 
Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. 
Ya Allah, jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yang soleh. 
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai. 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.
Inilah doanya, kadang2 manusia alpa dengan cinta mereka terhadap yang Maha Pencipta. Tak dinafikan perasaan cinta sesama manusia tidak boleh dihalang, tetapi biarlah cinta kita kepada Allah, malaikat dan Rasul dulu diutamakan.

p/s: kalau ada jodoh takkan kemana, betul tak? hehe

KEHIDUPAN YANG MEMENATKAN

Assalamualaikum~


Harap anda semua sihat walafiat. InsyaAllah =)


Wahh, tengok jap dah pukul 1:09 dah, huhu. Mulut pun dah berapa kali menguap dah. Mata pun dah bertakung air mata dah, huh~


Emm, now, april is coming. Today is 14th april. Cepatnya masa berlalu. Dah berkurun lamanya saya tidak mengupdate blog ni, memang terlalu sibuk, mengalahkan orang yang bekerja kot. Huhu.


Bak kata abah:
kakak ouh kakak, abah tengok hang ni dah macam orang bekerja dah, mengalahkan orang pejabat. Pergi sekolah pagi, pastu balik malam. Cubalah bawa berehat sikit. Nanti tak pasal2 masa SPM jatuh sakit.
Huhu. Abah, sorry, bukannya apa, ini untuk kepentingan kita juga. Kata nak berjaya, terpaksalah kita berkorban. Lagi pun akakkan anak sulung. Banyak tanggungjawabnya, huhu T_T


Ok, yesterday ada rehearsal untuk para pengawas> pengawas sekolah, pss, prs. Hari isnin ni ada watikah perlantikan pengawas. Nak tau siapa yang akan datang~ JENG3


LAKSAMANA TENTERA LAUT, haha. Pelikkan, tetibe lak dia nak datang.


Tapi apa2 pun, kitorang kena buat yang terbaik. All must look perfect! Raptai ni lah diadakan masa waktu belajar, terpaksa lah kitorang "ponteng" kelas semata2 untuk buat raptai ni. Empat masa terbuang begitu saja, huhu.


Tapi, alhamdulillah, sempat gak saya cover balik daripada kawan, credit to hurin ;)


Ha!kalau nak tahu saya jadi biro nilam dalam organisasi pss ni. Tengs syaza. ILY~ Saya pun tak sangka saya dapat, hehe. Alhamdulillah. Tapi en, diorang kata tugas ni berat, hurmm~ Alaa, nak buat macam mana, mana ada benda yang senang kat dunia ni. Saya akan lakukan yang terbaik, insyaAllah.


Time raptai ni, kitorang dah jadi macam ahli kawad kaki dah. Haha. Antara arahan yang kitorang terima
pemimpin! hadap kehadapannnn, kekiri pusing!
Haha. Zafran as our commander. Chaiyok Zafran.


Pastu, kitorang kena training steps untuk terima sijil. Angkat tabik, hentak kaki dsb. Penat ooo.


Dan, besok harini laa, hehe, raptai penuh akan diadakan. Confirm, mesti penat yang teramat sangat dan terpaksa kitorang "ponteng" kelas lagi. Waaa~


Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Lepastu, pergi tusyen, balik malam, naik bus lak tu.


-balik malam2, still pakai uniform sekolah, ramai orang tengok, dalam hati berkata: "harap2lah aku ni halimunan, biar diorang tak nampak aku, lebih2 lagi aku ni perempuan, mesti ramai orang pandang serong punyalah".

-Dalam hati diorang mesti terdetik> apasal budak sekolah ni balik lewat, mak bapak diorang tak tahu ke? Mesti diorang ni merayap, melencong ngan kawan2, tak tahu malu.



p/s: dah lali dengan semua tu. T_T

Monday, March 29, 2010

LIFE'S LITTLE INSTRUCTIONS

Assalamualaikum.

Ni ada beberapa tips kalau nak selalu tenang dalam hidup. My teacher gave these tips to all of her students, last week.

So, first, my teacher said, if we want our life to always happy and contented, we must compliment THREE people everyday. Is that difficult to apply it in our life?

Second
, remember others birthday, for girls like us, we are the one who will always remember important date like birthday date, anniversary etc. Haha, betul tak? The guys always make many excuses when they forgot about the important date. Neeeh. So, to all my friends you must remember my birthday, bear it in ur mind. =P

07/12/1993> i was born~
Third, when communicate look people in their eye. Ni, bukan nak ngorat2 tau, dok kelip2 mata, berdosa tau! jangan salah faham. When we look people correct to their eye, there will one bond exists between them. Emm, my teacher said, dun look at their mouth, its look like we want to kiss them. Euikk.

Fourth, say 'please' and 'thank you' a lot. This is like, we appreciate them and respect them I always practice this in my life. For instance, ''teacher, may i go to toilet, please~". Haha.

Fifth, learn to play musical instrument, this is what my teacher said.

Sixth, sing in the shower. Haha, my favourite!. Alamak, bocor rahsia, haha. Alaa, nyanyi pelan2 suda, suarakan aurat. My teacher said, this is one method to release tension.

Seventh, plant a tree on your birthday, LOL, to safe our mother nature. Betullah kan? Poor our precious earth, dah makin botak and now, global warming. So, if we love our earth, practice this. It is a right step to safe our mother nature.

Eight, learn three CLEAN jokes. Tak main lah lawak2 kotor, got the idea? haha. Saya tak pandai buat lawak lah, pandai gelak je, haha.

Ninth, return all things you borrowed. Sapa makan gula terasalah manisnya. Kalau dah pinjam barang orang, pandai2 lah kena pulangkan, macam hutang jugak lah.

Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Jiwa orang mukmin tergantung dengan hutangnya, (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau sebaliknya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya". 
(Riwayat At- Tarmizi)
Nah! it is paramount to settle up our debt.

Tenth, the last one, write 'thank you' notes. For example, if he/she always helps us when we are in need. They are always with us in neither in good nor bad time, always advice us in many aspects etc. It is not possible for us to make one card for them and write THANK YOU.

Haha, that's all. All these are tips for us to achieve a good life in our life. Tepuk dada, tanya iman~ =)

p/s: Scanning for grammar error. Result BI dah dapat, takpe2. Nanti bila dah dapat semua result, saya post kesemua result2 tu, tunggu~


terima kasih, thank you, thocai, nandre, syukran, arigatou, haii!
post signature

PILIHANRAYA PELAJAR. APAKAH RASIONALNYA?

Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh..
HAHA. Tajuk bukan main gah lagi. FUHH. Tengah buat esei bm. Penat lah, saja singgah blog, nak update2. Haha. Hurmm, apa ek punca banjir? penat lah search kat internet, tak jumpa pun, benda yang sama je. Huhu. Eehhh, apsal keluar topik ni. Hoho. Gostan balik.


Ok. Straight to the point. Pilihanraya pelajar merupakan suatu acara tahunan yang mesti diadakan kat sekolah saya. Maksudnya, untuk memilih wakil pelajar dalam kalangan pengawas. Memandangkan pagi tadi sekolah saya mengadakan majlis ringkas untuk memilih wakil pelajar, itu pasal lah saya nak kongsi kat blog ni. Ibarat macam diari dah pun, walaupun saya sorang je kot yang baca post saya ni. Huhu. Hurmm, macam kat sekolah tadi, majlis yang diadakan memang ringkas. Calon2 wakil pelajar kena bagi ucapan sebagai pemangkin kepada cikgu2 untuk mengundi mereka. Ada satu perubahan yang telah dibuat pada tahun ini, iaitu hanya cikgu2 saja yang dibenarkan untuk mengundi tidak seperti tahun lepas, pelajar2 juga dibenarkan untuk undi sekali. Lagipun, cikgu cakap pelajar2 tak boleh undi sebab nanti kitorang undi yang hensem2 je. HAHA. Tepat sama sekali. Hoho. Antara calon2nya ialah:
  • ABDUL HAFEEZ
  • MUHAMAD AKID
  • SITI NAJWA
  • MUHAMAD FAEZ
  • MEGA
  • JASON
Tiga orang calon kat atas tu my classmate, bangga~ Sememangnya mereka layak untuk dilabelkan sebagai wakil pelajar dan berdasarkan ucapan yang mereka lontarkan pagi tadi, ucapan yang saya rasa meyakinkan adalah ucapan Abdul Hafeez a.k.a Bedul. Hehe. So, pentingkah wakil pelajar dalam sesebuah institusi pentadbiran sekolah dan jawapannya ialah SEMESTINYA!


Mereka ni ibarat penolong cikgu untuk mengawal kes2 disiplin kat sekolah yang makin lama kian teruk. Huhu. Inilah sebabnya kita perlukan seorang ketua untuk mengawal mereka ni yang datang daripada kalangan pelajar juga. Najwa, calon wanita tunggal. Tabik lah kat dia, tapi saya berani bertaruh dia mesti jadi penolong ketua pelajar. Hehe, insyaAllah. Daripada gaya dia boleh nampak yang dia ni memang berdisiplin. MUHAMAD AKID! Haha, suka dia. Cute lah budak ni. Hoho.


Tadi dia bagitau yang dia baru tahu yang dia dicalonkan. Kesian betul, tak sempat nak sediakan teks ucapan tapi apa2pun mereka dah buat yang terbaik. Tahniah di ucapkan dan untuk para cikgu, diharap mengundi tanpa ada bias dan bersikap rasis. Tak baik loo. Kita kan 1Malaysia. Hehe. Dan sape2 yang terpilih untuk menjadi wakil pelajar, saya tak kesah pun, sebab saya tahu mereka semua ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.


p/s: Segak betul bila diorang semua pakai kot, barulah nampak seperti pelajar yang cemerlang. Go!, kawan2ku!!



post signature



Sunday, March 28, 2010

SEE YOU DI IPT

Assalamualaikum.

SEE YOU DI IPT!!. Best laa cerita ni. Kalau saya bagi lima bintang untuk cerita ni. Hehe.

Eemm, kepada sesiapa yang tak faham maksud di atas ni, maksudnya ialah "jumpa awak di Institut Pengajian Tinggi". Ada faham?


Hehe. So, apa yang saya nak cerita? Hurmm. Kalau korang nak tahu cerita ni dia buat pengambaraan kat SAM10 a.k.a SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT a.k.a sekolah adik saya. Hehe~

Cerita ni best. Memang saya syorkan korang semua gi lah tengok cerita ni. Bukan kat pawangam laa. Kat YOUTUBE je. Hoho.

Cerita ni pasal budak ni, nama dia Man lakonan Bell. Waitt, bukan loceng laahh tapi Ngasrizal Ngasri. Betol tak ejaan nama dia?

Pastu heroin dia Bienda memegang watak sebagai Eisya. Cun lahh dia.

Mula2 Man ni dia nakal. Alaa, biasalah budak lelaki. Hehe. Si eisya pulak budak baru. Dia baru datang kat sekolah ni. First time Man tengok si Eisya ni, terus tertawan kat eisya ni.

Bak kata cikgu sejarah,

bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata2.
Si Eisya ni bukan suka kat Man pun. Cinta bertepuk sebelah tanganlah katakan. Pedih tuu.

Emm, tapi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, tengoklah cerita ni ye. Senang je, buka YOUTUBE. Kat kotak search taip SEE YOU DI IPT. Senang bukan??

Tapi, kat sini saya nak cerita pasal sorang watak ni. Bukan Man, bukan Eisya tapi Abg Fitri. Aikk, abg lah pula. Haha.

Alaahh, takkan tak kenal kot. Penyanyi nasyid kat kumpulan UNIC. Abg Fitri, hensem, sejuk je pandang muka dia.

Dia pun berlakon gak dalam cerita ni. Sahabat2 dia yang lain pun berlakon gak. Dalam cerita ni abg fitri jadi pengawas. Teringat adik saya, dia pun pengawas juga. Miss him.

Tapi, ada satu part tu, abg fitri mati kena langgar kereta. Sedih!!

Nak meleleh air mata. Tak sangka dia mati, tak sempat dia nak ambil SPM.

Huhu, emo lah pulak. Sedangkan ini lakonan je kan. Hehe.

Tapi, memang tak puas hati lahh. Dia mati dalam cerita ni. Dahlah hensem, baik pulak tu. Hurmm, tapi nak buat macam mana, lumrah seorang pelakon. Heh.

Dia dengan isteri dia. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
K lahh, kalau nak tahu cerita ni selebih lanjut, jangan lupa tengok ye. Ha!! Sebelum tu nak petik kata2 kat dalam cerita ni. Hayati ye.
kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta
ingat tu wahai sekalian insan. Masih jauh lagi perjalanan kita ni. Mudah2an kita tabah menghadapinya. Amin.


p/s: Sejuk je tengok muka dia. Muka orang2 yang beriman, insyaAllah. Hope dapat suami macam dia. Hehe.

RENUNGKANLAH!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa daripada makanan, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, 
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, 
Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam kadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, 
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, 
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, 
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa. 

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, 
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!!

Harap korang fahami maksud ini baik2. Jadikan lah ini sebagai pedoman dalam hidup.

p/s: Mutiara kata ni saya dapat masa hari anugerah kecemerlangan hari tu.

post signature

LAYAKKAH AKU?

Assalamualaikum.

Emm, semalam, 27/03/2010 merupakan pengiktirafan buat saya. pengiktirafan apa? Act. semalam ada anugerah kecemerlangan kat sekolah saya. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA (SMKBDP).

Tapi, masalahnya disini layakkah saya terima anugerah ini? Actually, saya dapat tempat pertama dalam kelas pada tahun 2009 sekali gus dapat pegang title TOP STUDENT IN THE SCHOOL. Tahun lepas lah. Bagi saya sepatutnya yang dapat tempat pertama ialah PUI YEE, kawan sekelas saya. Sejujurnya, dia ni memang pandai. Dari awal tahun 2009 hinggalah sebelum final exam dia lah yang pegang title budak no satu. Saya? emm, no dua jelah dari awal tahun. Tujuan saya menulis disini adalah bukan untuk riak dan berbangga2.

Tapi, saya memang tak puas hati. Saya rasa seolah2 saya tak layak dapat hadiah tempat pertama ni. Sebab apa?

First, bilangan A antara saya dengan dia, dia lagi banyak.

Second, markah2 dia pun lebih hebat dari saya. Adalah jugak saya dapat lebih tiggi dari dia. ada juga markah kami yang sama.

Third, bilangan mata pelajaran yang dia ambil lagi banyak iaitu 12 subjek berbanding saya cuma 9 je. Huhu.

Fourth, kebanyakan rakan sekelas saya mestilah berpendapat yang dia akan dapat no 1. tup tap2. Saya pulak. Aiseyyhh.

So, apa sebabnya saya dapat no 1? Emm, sebabnya peratus saya lagi tinggi dari dia. Tu je.

Tapi, kalau nak tahu, hampir setiap hari buat solat hajat semata2 nak dapat no 1. Hehe. Sebab keredhaan Allah pun mestilah.

Mungkin lah ini sebab doa saya dimakbulkan, alhamdulillah. Emm, tapi ini bukan saya tak bersyukur tau. Segala apa nikmat yang saya peroleh memang saya bersyukur. Cuma, bila saya dapat no 1 saya takut saya akan jatuh tahun ni. Siapa yang nak perkara2 macam ni tejadi.

Saya kena maintainkan prestasi saya. Siapa kata senang? Susah!!

Saya nak berjaya. Lagi pun, siapa lagi nak majukan negara ni kalau bukan kita iaitu pelapis untuk generasi masa akan datang.

Saya berharap sangat ramai muda mudi zaman sekarang sedar akan kepentingan menuntut ilmu.

Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ‘ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain.” 
[al-Bukhaari]
Nah!! Inilah yang akan terjadi kalau tak ada ilmu. Akhirnya kita sendiri yang akan sesat. Bukan senang nak hidup kalau kita sendiri tak ada ilmu. Bila2 masa je kita boleh kena tipu dan diperbodoh2kan oleh orang yang berilmu.

Haha, dah keluar tajuk pulak
.

Kat sini saya berharap sangat saya dapat tingkatkan prestasi saya. Ini bukan kejayaan sebenar bagi saya. Alaa, dapat no 1 siapa kesah. Betul tak?? Macam2 lagi sebenarnya kejayaan yang saya nak kecapi. Kalau setakat no 1 ni saya jadikan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke hadapan.

Sejujurnya memanglah saya rasa anugerah ni tak sesuai untuk saya. Kalau kat sekolah mesti ramai budak pandang tinggi. Mungkin mereka fikir saya selalu belajar dsb tapi saya pun manusia biasa juga. Macam2 kelemahan saya ada.

Tapi, insyaAllah. Suatu masa nanti kalian akan melihat kejayaan saya yang sebenar. InsyaAllah.

p/s: Apa hadiah yang saya dapat? Haha. =P