Monday, March 29, 2010

PILIHANRAYA PELAJAR. APAKAH RASIONALNYA?

Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh..
HAHA. Tajuk bukan main gah lagi. FUHH. Tengah buat esei bm. Penat lah, saja singgah blog, nak update2. Haha. Hurmm, apa ek punca banjir? penat lah search kat internet, tak jumpa pun, benda yang sama je. Huhu. Eehhh, apsal keluar topik ni. Hoho. Gostan balik.


Ok. Straight to the point. Pilihanraya pelajar merupakan suatu acara tahunan yang mesti diadakan kat sekolah saya. Maksudnya, untuk memilih wakil pelajar dalam kalangan pengawas. Memandangkan pagi tadi sekolah saya mengadakan majlis ringkas untuk memilih wakil pelajar, itu pasal lah saya nak kongsi kat blog ni. Ibarat macam diari dah pun, walaupun saya sorang je kot yang baca post saya ni. Huhu. Hurmm, macam kat sekolah tadi, majlis yang diadakan memang ringkas. Calon2 wakil pelajar kena bagi ucapan sebagai pemangkin kepada cikgu2 untuk mengundi mereka. Ada satu perubahan yang telah dibuat pada tahun ini, iaitu hanya cikgu2 saja yang dibenarkan untuk mengundi tidak seperti tahun lepas, pelajar2 juga dibenarkan untuk undi sekali. Lagipun, cikgu cakap pelajar2 tak boleh undi sebab nanti kitorang undi yang hensem2 je. HAHA. Tepat sama sekali. Hoho. Antara calon2nya ialah:
  • ABDUL HAFEEZ
  • MUHAMAD AKID
  • SITI NAJWA
  • MUHAMAD FAEZ
  • MEGA
  • JASON
Tiga orang calon kat atas tu my classmate, bangga~ Sememangnya mereka layak untuk dilabelkan sebagai wakil pelajar dan berdasarkan ucapan yang mereka lontarkan pagi tadi, ucapan yang saya rasa meyakinkan adalah ucapan Abdul Hafeez a.k.a Bedul. Hehe. So, pentingkah wakil pelajar dalam sesebuah institusi pentadbiran sekolah dan jawapannya ialah SEMESTINYA!


Mereka ni ibarat penolong cikgu untuk mengawal kes2 disiplin kat sekolah yang makin lama kian teruk. Huhu. Inilah sebabnya kita perlukan seorang ketua untuk mengawal mereka ni yang datang daripada kalangan pelajar juga. Najwa, calon wanita tunggal. Tabik lah kat dia, tapi saya berani bertaruh dia mesti jadi penolong ketua pelajar. Hehe, insyaAllah. Daripada gaya dia boleh nampak yang dia ni memang berdisiplin. MUHAMAD AKID! Haha, suka dia. Cute lah budak ni. Hoho.


Tadi dia bagitau yang dia baru tahu yang dia dicalonkan. Kesian betul, tak sempat nak sediakan teks ucapan tapi apa2pun mereka dah buat yang terbaik. Tahniah di ucapkan dan untuk para cikgu, diharap mengundi tanpa ada bias dan bersikap rasis. Tak baik loo. Kita kan 1Malaysia. Hehe. Dan sape2 yang terpilih untuk menjadi wakil pelajar, saya tak kesah pun, sebab saya tahu mereka semua ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.


p/s: Segak betul bila diorang semua pakai kot, barulah nampak seperti pelajar yang cemerlang. Go!, kawan2ku!!



post signature



No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^