Sunday, March 28, 2010

RENUNGKANLAH!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa daripada makanan, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, 
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, 
Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam kadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, 
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, 
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, 
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa. 

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, 
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!!

Harap korang fahami maksud ini baik2. Jadikan lah ini sebagai pedoman dalam hidup.

p/s: Mutiara kata ni saya dapat masa hari anugerah kecemerlangan hari tu.

post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^