Emm, semalam, 27/03/2010 merupakan pengiktirafan buat saya. pengiktirafan apa? Act. semalam ada anugerah kecemerlangan kat sekolah saya. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA (SMKBDP).
Tapi, masalahnya disini layakkah saya terima anugerah ini? Actually, saya dapat tempat pertama dalam kelas pada tahun 2009 sekali gus dapat pegang title TOP STUDENT IN THE SCHOOL. Tahun lepas lah. Bagi saya sepatutnya yang dapat tempat pertama ialah PUI YEE, kawan sekelas saya. Sejujurnya, dia ni memang pandai. Dari awal tahun 2009 hinggalah sebelum final exam dia lah yang pegang title budak no satu. Saya? emm, no dua jelah dari awal tahun. Tujuan saya menulis disini adalah bukan untuk riak dan berbangga2.
Tapi, saya memang tak puas hati. Saya rasa seolah2 saya tak layak dapat hadiah tempat pertama ni. Sebab apa?
First, bilangan A antara saya dengan dia, dia lagi banyak.
Second, markah2 dia pun lebih hebat dari saya. Adalah jugak saya dapat lebih tiggi dari dia. ada juga markah kami yang sama.
Third, bilangan mata pelajaran yang dia ambil lagi banyak iaitu 12 subjek berbanding saya cuma 9 je. Huhu.
Fourth, kebanyakan rakan sekelas saya mestilah berpendapat yang dia akan dapat no 1. tup tap2. Saya pulak. Aiseyyhh.
So, apa sebabnya saya dapat no 1? Emm, sebabnya peratus saya lagi tinggi dari dia. Tu je.
Tapi, kalau nak tahu, hampir setiap hari buat solat hajat semata2 nak dapat no 1. Hehe. Sebab keredhaan Allah pun mestilah.
Mungkin lah ini sebab doa saya dimakbulkan, alhamdulillah. Emm, tapi ini bukan saya tak bersyukur tau. Segala apa nikmat yang saya peroleh memang saya bersyukur. Cuma, bila saya dapat no 1 saya takut saya akan jatuh tahun ni. Siapa yang nak perkara2 macam ni tejadi.
Saya kena maintainkan prestasi saya. Siapa kata senang? Susah!!
Saya nak berjaya. Lagi pun, siapa lagi nak majukan negara ni kalau bukan kita iaitu pelapis untuk generasi masa akan datang.
Saya berharap sangat ramai muda mudi zaman sekarang sedar akan kepentingan menuntut ilmu.
Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ‘ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain.”
[al-Bukhaari]Nah!! Inilah yang akan terjadi kalau tak ada ilmu. Akhirnya kita sendiri yang akan sesat. Bukan senang nak hidup kalau kita sendiri tak ada ilmu. Bila2 masa je kita boleh kena tipu dan diperbodoh2kan oleh orang yang berilmu.
Haha, dah keluar tajuk pulak.
Kat sini saya berharap sangat saya dapat tingkatkan prestasi saya. Ini bukan kejayaan sebenar bagi saya. Alaa, dapat no 1 siapa kesah. Betul tak?? Macam2 lagi sebenarnya kejayaan yang saya nak kecapi. Kalau setakat no 1 ni saya jadikan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke hadapan.
Sejujurnya memanglah saya rasa anugerah ni tak sesuai untuk saya. Kalau kat sekolah mesti ramai budak pandang tinggi. Mungkin mereka fikir saya selalu belajar dsb tapi saya pun manusia biasa juga. Macam2 kelemahan saya ada.
Tapi, insyaAllah. Suatu masa nanti kalian akan melihat kejayaan saya yang sebenar. InsyaAllah.
p/s: Apa hadiah yang saya dapat? Haha. =P
Sejujurnya memanglah saya rasa anugerah ni tak sesuai untuk saya. Kalau kat sekolah mesti ramai budak pandang tinggi. Mungkin mereka fikir saya selalu belajar dsb tapi saya pun manusia biasa juga. Macam2 kelemahan saya ada.
Tapi, insyaAllah. Suatu masa nanti kalian akan melihat kejayaan saya yang sebenar. InsyaAllah.
p/s: Apa hadiah yang saya dapat? Haha. =P
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^