Thursday, March 25, 2010

ADIK-ADIKKU

Assalamualaikum~

Aha! Korang ada tengok tak cerita adik2ku terbitan tv1. Sure tak tengok punya kan. Apa2 pun tahniah kepada adik Muhammad Wajih kerana berjaya mengondol tempat pertama. Saya memang tabik spring lah kat dia. Cara penyampaian dia. Wahh, menakjubkan. Betul2 memberi kesan.

Btw, korang tau tak apa tujuan pertandingan ni?? Emm, sebenarnya tujuan program macam ni diadakan adalah untuk mencungkil bakat kanak2. Memang berbakat betullah diorang ni. Saya pun tengok program ni tIme akhir je. Tak sangka lak masa saya tengok tu adalah yang terakhir.

One thing for sure, kali pertama tengok adik Wajih ni buat persembahan, dah terdetik dah dalam hati, "mesti dia menang punya". Nahh, betullah sangkaan saya, hoho. Dia juara. Tahniah diucapkan. Budak2 macam ni lah saya suka tengok. Ada peluang nak sebarkan agama Islam di serata dunia, insyaAllah. Ibu2 bapa2 kat luar sana kalau merasakan anak2 anda berbakat jangan sia2 kan bakat anak2 anda tu, betul tak? Gilap lah bakat mereka agar bersilau2 gamaknya, ecececeh~




Emm, juara memenangi hadiah sebanyak RM10,000 kalau tak silap lah. Pastu adik ni pun memenangi pakej umrah. Best!!, muda2 lagi dah dapat pergi umrah. Dapat jejak rumah Allah yang sangat indah. Hadiah dia pun bolehlah dikatakan lumayan gak la, tapi, kalau nak ikutkan, pertandingan2 nyanyian kot lagi lumayan hadiah dia. Ish3, malas lah no komen banyak2 pasal ni. Apa2 pun, tahniah sekali lagi!!

Bakat dia tak patut disia2 kan. Kadang2 tercari2 gak, apa bakat aku ek? haha. Tapi apa2pun, semua manusia ada kelebihan dia yang tersendiri.

p/s: Bila saya dah ada anak kelak, nak gilap bakat dia sekilat2nya. Haha. 'siapalah suami aku ek?', hoho

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^