Monday, March 29, 2010

LIFE'S LITTLE INSTRUCTIONS

Assalamualaikum.

Ni ada beberapa tips kalau nak selalu tenang dalam hidup. My teacher gave these tips to all of her students, last week.

So, first, my teacher said, if we want our life to always happy and contented, we must compliment THREE people everyday. Is that difficult to apply it in our life?

Second
, remember others birthday, for girls like us, we are the one who will always remember important date like birthday date, anniversary etc. Haha, betul tak? The guys always make many excuses when they forgot about the important date. Neeeh. So, to all my friends you must remember my birthday, bear it in ur mind. =P

07/12/1993> i was born~
Third, when communicate look people in their eye. Ni, bukan nak ngorat2 tau, dok kelip2 mata, berdosa tau! jangan salah faham. When we look people correct to their eye, there will one bond exists between them. Emm, my teacher said, dun look at their mouth, its look like we want to kiss them. Euikk.

Fourth, say 'please' and 'thank you' a lot. This is like, we appreciate them and respect them I always practice this in my life. For instance, ''teacher, may i go to toilet, please~". Haha.

Fifth, learn to play musical instrument, this is what my teacher said.

Sixth, sing in the shower. Haha, my favourite!. Alamak, bocor rahsia, haha. Alaa, nyanyi pelan2 suda, suarakan aurat. My teacher said, this is one method to release tension.

Seventh, plant a tree on your birthday, LOL, to safe our mother nature. Betullah kan? Poor our precious earth, dah makin botak and now, global warming. So, if we love our earth, practice this. It is a right step to safe our mother nature.

Eight, learn three CLEAN jokes. Tak main lah lawak2 kotor, got the idea? haha. Saya tak pandai buat lawak lah, pandai gelak je, haha.

Ninth, return all things you borrowed. Sapa makan gula terasalah manisnya. Kalau dah pinjam barang orang, pandai2 lah kena pulangkan, macam hutang jugak lah.

Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W:

"Jiwa orang mukmin tergantung dengan hutangnya, (iaitu tidak dihukum kepadanya selamat atau sebaliknya) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya". 
(Riwayat At- Tarmizi)
Nah! it is paramount to settle up our debt.

Tenth, the last one, write 'thank you' notes. For example, if he/she always helps us when we are in need. They are always with us in neither in good nor bad time, always advice us in many aspects etc. It is not possible for us to make one card for them and write THANK YOU.

Haha, that's all. All these are tips for us to achieve a good life in our life. Tepuk dada, tanya iman~ =)

p/s: Scanning for grammar error. Result BI dah dapat, takpe2. Nanti bila dah dapat semua result, saya post kesemua result2 tu, tunggu~


terima kasih, thank you, thocai, nandre, syukran, arigatou, haii!
post signature

PILIHANRAYA PELAJAR. APAKAH RASIONALNYA?

Assalamualikum warahmatullah hi wabarakatuh..
HAHA. Tajuk bukan main gah lagi. FUHH. Tengah buat esei bm. Penat lah, saja singgah blog, nak update2. Haha. Hurmm, apa ek punca banjir? penat lah search kat internet, tak jumpa pun, benda yang sama je. Huhu. Eehhh, apsal keluar topik ni. Hoho. Gostan balik.


Ok. Straight to the point. Pilihanraya pelajar merupakan suatu acara tahunan yang mesti diadakan kat sekolah saya. Maksudnya, untuk memilih wakil pelajar dalam kalangan pengawas. Memandangkan pagi tadi sekolah saya mengadakan majlis ringkas untuk memilih wakil pelajar, itu pasal lah saya nak kongsi kat blog ni. Ibarat macam diari dah pun, walaupun saya sorang je kot yang baca post saya ni. Huhu. Hurmm, macam kat sekolah tadi, majlis yang diadakan memang ringkas. Calon2 wakil pelajar kena bagi ucapan sebagai pemangkin kepada cikgu2 untuk mengundi mereka. Ada satu perubahan yang telah dibuat pada tahun ini, iaitu hanya cikgu2 saja yang dibenarkan untuk mengundi tidak seperti tahun lepas, pelajar2 juga dibenarkan untuk undi sekali. Lagipun, cikgu cakap pelajar2 tak boleh undi sebab nanti kitorang undi yang hensem2 je. HAHA. Tepat sama sekali. Hoho. Antara calon2nya ialah:
  • ABDUL HAFEEZ
  • MUHAMAD AKID
  • SITI NAJWA
  • MUHAMAD FAEZ
  • MEGA
  • JASON
Tiga orang calon kat atas tu my classmate, bangga~ Sememangnya mereka layak untuk dilabelkan sebagai wakil pelajar dan berdasarkan ucapan yang mereka lontarkan pagi tadi, ucapan yang saya rasa meyakinkan adalah ucapan Abdul Hafeez a.k.a Bedul. Hehe. So, pentingkah wakil pelajar dalam sesebuah institusi pentadbiran sekolah dan jawapannya ialah SEMESTINYA!


Mereka ni ibarat penolong cikgu untuk mengawal kes2 disiplin kat sekolah yang makin lama kian teruk. Huhu. Inilah sebabnya kita perlukan seorang ketua untuk mengawal mereka ni yang datang daripada kalangan pelajar juga. Najwa, calon wanita tunggal. Tabik lah kat dia, tapi saya berani bertaruh dia mesti jadi penolong ketua pelajar. Hehe, insyaAllah. Daripada gaya dia boleh nampak yang dia ni memang berdisiplin. MUHAMAD AKID! Haha, suka dia. Cute lah budak ni. Hoho.


Tadi dia bagitau yang dia baru tahu yang dia dicalonkan. Kesian betul, tak sempat nak sediakan teks ucapan tapi apa2pun mereka dah buat yang terbaik. Tahniah di ucapkan dan untuk para cikgu, diharap mengundi tanpa ada bias dan bersikap rasis. Tak baik loo. Kita kan 1Malaysia. Hehe. Dan sape2 yang terpilih untuk menjadi wakil pelajar, saya tak kesah pun, sebab saya tahu mereka semua ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.


p/s: Segak betul bila diorang semua pakai kot, barulah nampak seperti pelajar yang cemerlang. Go!, kawan2ku!!



post signature



Sunday, March 28, 2010

SEE YOU DI IPT

Assalamualaikum.

SEE YOU DI IPT!!. Best laa cerita ni. Kalau saya bagi lima bintang untuk cerita ni. Hehe.

Eemm, kepada sesiapa yang tak faham maksud di atas ni, maksudnya ialah "jumpa awak di Institut Pengajian Tinggi". Ada faham?


Hehe. So, apa yang saya nak cerita? Hurmm. Kalau korang nak tahu cerita ni dia buat pengambaraan kat SAM10 a.k.a SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT a.k.a sekolah adik saya. Hehe~

Cerita ni best. Memang saya syorkan korang semua gi lah tengok cerita ni. Bukan kat pawangam laa. Kat YOUTUBE je. Hoho.

Cerita ni pasal budak ni, nama dia Man lakonan Bell. Waitt, bukan loceng laahh tapi Ngasrizal Ngasri. Betol tak ejaan nama dia?

Pastu heroin dia Bienda memegang watak sebagai Eisya. Cun lahh dia.

Mula2 Man ni dia nakal. Alaa, biasalah budak lelaki. Hehe. Si eisya pulak budak baru. Dia baru datang kat sekolah ni. First time Man tengok si Eisya ni, terus tertawan kat eisya ni.

Bak kata cikgu sejarah,

bila mata bertentang mata, lidah kelu untuk berkata2.
Si Eisya ni bukan suka kat Man pun. Cinta bertepuk sebelah tanganlah katakan. Pedih tuu.

Emm, tapi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, tengoklah cerita ni ye. Senang je, buka YOUTUBE. Kat kotak search taip SEE YOU DI IPT. Senang bukan??

Tapi, kat sini saya nak cerita pasal sorang watak ni. Bukan Man, bukan Eisya tapi Abg Fitri. Aikk, abg lah pula. Haha.

Alaahh, takkan tak kenal kot. Penyanyi nasyid kat kumpulan UNIC. Abg Fitri, hensem, sejuk je pandang muka dia.

Dia pun berlakon gak dalam cerita ni. Sahabat2 dia yang lain pun berlakon gak. Dalam cerita ni abg fitri jadi pengawas. Teringat adik saya, dia pun pengawas juga. Miss him.

Tapi, ada satu part tu, abg fitri mati kena langgar kereta. Sedih!!

Nak meleleh air mata. Tak sangka dia mati, tak sempat dia nak ambil SPM.

Huhu, emo lah pulak. Sedangkan ini lakonan je kan. Hehe.

Tapi, memang tak puas hati lahh. Dia mati dalam cerita ni. Dahlah hensem, baik pulak tu. Hurmm, tapi nak buat macam mana, lumrah seorang pelakon. Heh.

Dia dengan isteri dia. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
K lahh, kalau nak tahu cerita ni selebih lanjut, jangan lupa tengok ye. Ha!! Sebelum tu nak petik kata2 kat dalam cerita ni. Hayati ye.
kejar cita-cita dulu, baru kejar cinta
ingat tu wahai sekalian insan. Masih jauh lagi perjalanan kita ni. Mudah2an kita tabah menghadapinya. Amin.


p/s: Sejuk je tengok muka dia. Muka orang2 yang beriman, insyaAllah. Hope dapat suami macam dia. Hehe.

RENUNGKANLAH!!

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. 

Sebelum kita mengeluh tentang rasa daripada makanan, 
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa-apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, 
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, 
Fikirkan tentang seseorang yang berada dalam kadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, 
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, 
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, 
Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa. 

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, 
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!!!!

Harap korang fahami maksud ini baik2. Jadikan lah ini sebagai pedoman dalam hidup.

p/s: Mutiara kata ni saya dapat masa hari anugerah kecemerlangan hari tu.

post signature

LAYAKKAH AKU?

Assalamualaikum.

Emm, semalam, 27/03/2010 merupakan pengiktirafan buat saya. pengiktirafan apa? Act. semalam ada anugerah kecemerlangan kat sekolah saya. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA (SMKBDP).

Tapi, masalahnya disini layakkah saya terima anugerah ini? Actually, saya dapat tempat pertama dalam kelas pada tahun 2009 sekali gus dapat pegang title TOP STUDENT IN THE SCHOOL. Tahun lepas lah. Bagi saya sepatutnya yang dapat tempat pertama ialah PUI YEE, kawan sekelas saya. Sejujurnya, dia ni memang pandai. Dari awal tahun 2009 hinggalah sebelum final exam dia lah yang pegang title budak no satu. Saya? emm, no dua jelah dari awal tahun. Tujuan saya menulis disini adalah bukan untuk riak dan berbangga2.

Tapi, saya memang tak puas hati. Saya rasa seolah2 saya tak layak dapat hadiah tempat pertama ni. Sebab apa?

First, bilangan A antara saya dengan dia, dia lagi banyak.

Second, markah2 dia pun lebih hebat dari saya. Adalah jugak saya dapat lebih tiggi dari dia. ada juga markah kami yang sama.

Third, bilangan mata pelajaran yang dia ambil lagi banyak iaitu 12 subjek berbanding saya cuma 9 je. Huhu.

Fourth, kebanyakan rakan sekelas saya mestilah berpendapat yang dia akan dapat no 1. tup tap2. Saya pulak. Aiseyyhh.

So, apa sebabnya saya dapat no 1? Emm, sebabnya peratus saya lagi tinggi dari dia. Tu je.

Tapi, kalau nak tahu, hampir setiap hari buat solat hajat semata2 nak dapat no 1. Hehe. Sebab keredhaan Allah pun mestilah.

Mungkin lah ini sebab doa saya dimakbulkan, alhamdulillah. Emm, tapi ini bukan saya tak bersyukur tau. Segala apa nikmat yang saya peroleh memang saya bersyukur. Cuma, bila saya dapat no 1 saya takut saya akan jatuh tahun ni. Siapa yang nak perkara2 macam ni tejadi.

Saya kena maintainkan prestasi saya. Siapa kata senang? Susah!!

Saya nak berjaya. Lagi pun, siapa lagi nak majukan negara ni kalau bukan kita iaitu pelapis untuk generasi masa akan datang.

Saya berharap sangat ramai muda mudi zaman sekarang sedar akan kepentingan menuntut ilmu.

Dari Abdullah bin Amr bin As r.a. berkata, aku mendengar bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya, tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan ‘ulama satu persatu, sehingga tidak tinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu. Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan orang lain.” 
[al-Bukhaari]
Nah!! Inilah yang akan terjadi kalau tak ada ilmu. Akhirnya kita sendiri yang akan sesat. Bukan senang nak hidup kalau kita sendiri tak ada ilmu. Bila2 masa je kita boleh kena tipu dan diperbodoh2kan oleh orang yang berilmu.

Haha, dah keluar tajuk pulak
.

Kat sini saya berharap sangat saya dapat tingkatkan prestasi saya. Ini bukan kejayaan sebenar bagi saya. Alaa, dapat no 1 siapa kesah. Betul tak?? Macam2 lagi sebenarnya kejayaan yang saya nak kecapi. Kalau setakat no 1 ni saya jadikan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke hadapan.

Sejujurnya memanglah saya rasa anugerah ni tak sesuai untuk saya. Kalau kat sekolah mesti ramai budak pandang tinggi. Mungkin mereka fikir saya selalu belajar dsb tapi saya pun manusia biasa juga. Macam2 kelemahan saya ada.

Tapi, insyaAllah. Suatu masa nanti kalian akan melihat kejayaan saya yang sebenar. InsyaAllah.

p/s: Apa hadiah yang saya dapat? Haha. =P

Thursday, March 25, 2010

ADIK-ADIKKU

Assalamualaikum~

Aha! Korang ada tengok tak cerita adik2ku terbitan tv1. Sure tak tengok punya kan. Apa2 pun tahniah kepada adik Muhammad Wajih kerana berjaya mengondol tempat pertama. Saya memang tabik spring lah kat dia. Cara penyampaian dia. Wahh, menakjubkan. Betul2 memberi kesan.

Btw, korang tau tak apa tujuan pertandingan ni?? Emm, sebenarnya tujuan program macam ni diadakan adalah untuk mencungkil bakat kanak2. Memang berbakat betullah diorang ni. Saya pun tengok program ni tIme akhir je. Tak sangka lak masa saya tengok tu adalah yang terakhir.

One thing for sure, kali pertama tengok adik Wajih ni buat persembahan, dah terdetik dah dalam hati, "mesti dia menang punya". Nahh, betullah sangkaan saya, hoho. Dia juara. Tahniah diucapkan. Budak2 macam ni lah saya suka tengok. Ada peluang nak sebarkan agama Islam di serata dunia, insyaAllah. Ibu2 bapa2 kat luar sana kalau merasakan anak2 anda berbakat jangan sia2 kan bakat anak2 anda tu, betul tak? Gilap lah bakat mereka agar bersilau2 gamaknya, ecececeh~




Emm, juara memenangi hadiah sebanyak RM10,000 kalau tak silap lah. Pastu adik ni pun memenangi pakej umrah. Best!!, muda2 lagi dah dapat pergi umrah. Dapat jejak rumah Allah yang sangat indah. Hadiah dia pun bolehlah dikatakan lumayan gak la, tapi, kalau nak ikutkan, pertandingan2 nyanyian kot lagi lumayan hadiah dia. Ish3, malas lah no komen banyak2 pasal ni. Apa2 pun, tahniah sekali lagi!!

Bakat dia tak patut disia2 kan. Kadang2 tercari2 gak, apa bakat aku ek? haha. Tapi apa2pun, semua manusia ada kelebihan dia yang tersendiri.

p/s: Bila saya dah ada anak kelak, nak gilap bakat dia sekilat2nya. Haha. 'siapalah suami aku ek?', hoho

Monday, March 22, 2010

MALANG TAK BERBAU

Assalamualaikum~

Hurmm, dah lama tak update blog nie. Bz lah sekarang ni, banyak perkara yang perlu diselesaikan, huhu. Sedangkan saya tau tak ada siapa pun nak baca blog saya ni, haha.

Emm, bercakap pasal malang tak berbau, teringat masa nak pergi tusyen hari tu. First sekali saya nak minta maaf banyak2 kat syaza. Sorry sangat2, huhu.

Actually, saya teraccident tempoh hari. Masa nak naik motor syaza, tetibe je motor tu terbalik. Haha. Apa punya bala menimpa kitorang pun kitorang pun tak tahu.

Kitorang pun apa lagi, terjatuh lah macam nangka busuk. Debukkk, (wani terkejut time tu, haha)

Aduuussshh, sakit tu memang lah sakit tapi bila diorang tanya sakit ke tak, saya jawab tak sakit, haha. Nanti susahkan diorang lak. Betul tak??

Tapi yang tak puas hatinya, takde sape lah yang sudi nak bantu kitorang ni. Ada satu pak cik cina tu, tersengih je tengok kitorang, bukannya nak tolong!!

Perghh, nasib baik tak ramai orang lalu lalang kat situ. Yang ada pun kebanyakannya orang cina.

Emm, pastu time nak start balik motor tu, motor tu lak buat hal.

Memang cuak betullah time tu, rasa cam trauma pun ada. Try punya try nasib baik motor tu dah berfungsi balik. Fuhhh, lega.

Kitorang pun naik motor cam biasa, banyak kali gak lah saya minta maaf kat syaza. Cian dia.

Time kitorang nak lalu kat selekoh, ada satu motor ni, sebok je. Ada ke dia kata "
hai cik adik". Dah lah time tu mood kitorang tak baik. Kalau tak, dah kena sebijik kot dia, haha.

Akhirnya, kitorang sampai gak kat rumah. Alhamdulillah. Terima kasih syaza!!! Hehe.

p/s: Ini adalah kisah benar. Tiada tokok tambah dan tiada kena mengena ngan korang. =P

Wednesday, March 17, 2010

SAKIT PINGGANG OUH!

Assalamualaikum..

Hurmmm, hari ni memang penat lah. Pagi ada kelas tambahan, petang ada tuition. Penat2. Lepas tu, hari ni saya mengalami sakit pinggang. Dah tua kot, kurang kalsium. Hee. Tak ada duit lah nak beli susu. Nak kena jimat duit lah. Sekarang ni tengah mengalami krisis kewangan. Tak pasal2 saya yang masih bersekolah ni kena fikir pasal duit lak. Huhu. Yela, saya asyik tengok abah mengeluh takde duit je. Kesian gak tengok. So, saya kena lah berjimat cermat sikit.

Harap je tajuk pasal sakit pinggang. Tapi tak cerita pun pasal sakit pinggang. Adoyyy, tengah sakit ni, nak solat pun susah terutama bila nak rukuk. Sakit bukan kepalang. Dah sapu ubat tapi tak sembuh2 pun lagi. Dugaan Allah lah katakan. Nak jalan pun susah, kalau barang terjatuh nak ambik lagi susah.

Rasanya sebab salah tidur kot, sebelum pergi tuition tidur jap. Tidur pun kat atas lantai, tu lah pasal sakit pinggang, huhu

Emm, apa motif saya nak cerita pasal ni ek??? Haha.

p/s: Jagalah pinggang anda sebaik mungkin. Jangan dah tua baru mengeluh sebab tak jaga pinggang dari muda. Huhu. Apa aku merepek ni!!

Tuesday, March 16, 2010

SYILING DAN BATU?

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM~

Cerita ni saya dengar daripada seorang rakan saya. Terlalu mendalam makna yang tersirat dalam cerita ini. Saya harap rakan2 hayatilah.

Suatu hari, cuaca begitu panas. Bagai lahar yang mengalir membawa lava yang membahang. Haha, lebih2 lak. Di sebuah tapak pembangunan, seorang hamba Allah tekun membina bangunan. 


Tiba2, buruh yang berada kat atas ni haus. Dia nak minta air daripada orang kat bawah tapi keadaan terlalu bising. Lalu, dia mengambil langkah dengan membaling duit syiling ke bawah. Of course lah ada orang yang perasan duit tu. Orang itu pun ambil dan berlalu. Orang kat atas pun tensionlah. "cis, kurang asam punya budak!", ngomel dia sendirian.

Then, dia baling lagi sekeping syiling. Orang yang sama menyedari perkara tu. Dia ambil dan berlalu. Maka makin tensionlah orang kat atas, "ceh, lansung tak pandang atas", katanya.

Dia geram. Dia ambil keputusan dengan membaling batu.

Shuuuu~~


PAKKK..

Terkena topi orang kat bawah tu. Barulah dia pandang kat atas.



-THE END-

So, what is the moral of the story? 


Ok, moralnya ialah dalam hidup kita, apa2 yang baik datang dari langit kita just ambil tanpa hiraukan yang kat atas tu. Actually, Allah turunkan kepada kita nikmatNya tapi kita tak bersyukur. Then, apabila batu yang menimpa kita barulah kita nak pandang atas ibarat apabila Allah datangkan ujianNya barulah kita nak berdoa. Barulah kita terhegeh2 nak dekatkan diri dengan sang Pencipta.


FAHAM??

Inilah pengajaran yang saya belajar daripada cerita di atas. Jadi, kita perlulah sentiasa muhasabahkan diri kita.



post signature

Sunday, March 14, 2010

SPM OH SPM

11 MARCH 2010
Emm, sekolah saya dah dapat result untuk SPM. Kalau korang nak tahu, hanya lima orang sahaja yang berjaya mendapat semua A dalam matapelajaran yang diorang ambil, huhu. Janganlah bandingkan dengan sekolah korang lak tapi apa2 pun syabas kepada mereka yang berjaya mencapai target yang korang nak.

Emm, perasaan saya macam mana lak?? Hurmmm. Memang takut gak time tengok dia dapat result tapi, berat lagi mata memandang berat lagi bahu memikul, haha. Betullah, kalau saya jadi diorang, wahh, mungkin jatuh kot jantung saya nie, huhu. Mestilah perasaan nervous tu ada.

Dan, kepada mereka diluar sana yang dapat semua A, janganlah lupa asal usul korang ye. Bila dah berjaya kelak jangan lupa toleh belakang. Maybe, kawan2 korang perlukan bantuan korang untuk berjaya. Janganlah mencari kejayaan seorang diri. Macam mana lah umat islam nak berjaya kalau sesama kita ni pun nak kedekut ilmu. Haishhh.


Pejam celik, pejam celik, tahun ni giliran saya pulak untuk menduduki SPM. Saya harap saya mampu buat yang terbaik. Itu janji saya!!


AHLAN WA SAHLAN


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Selamat datang ke blog saya. Wahh, first time ni saya menaip dalam blog.


Apakah alasan saya yang sebenarnya ek untuk membuat sebuah blog ni ek? Adakah mengikut kawan2 yang asyik dengan blog mereka? Adakah untuk membuang masa dihadapan komputer?

Emm, actually blog ni adalah sebagai sebuah medium untuk kita berkongsi pendapat, pandangan dan buah fikiran. So, mereka yang diluar sana jomlah jadi follower saya (awal2 lagi dah promote)

Untuk pengetahuan korang diluar sana, ira kalau dipecahkan mengikut huruf membawa maksud:

I~ Impian 
R~ Realiti 
A~ Angan-angan
Ha!! Kat sinilah saya mendapat tajuk untuk buat blog ni, haha. Btw, Ira tu nama singkatan saya. So, korang enjoylah membaca blog saya ni. Memang agak bosan untuk post yang pertama ni, lama2 korang enjoylah nanti. Ahakzz.

Dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya merasmikan pembukaan blog saya. Mudah2an segala manfaat dapat kita kongsikan bersama. =) 

p/s: penggunaan 'saya' dalam penulisan blog ni janganlah dipersoalkan, saya tetap saya, aku tetap aku, kita tetap kita~ 

post signature